Wednesday, March 31, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2- NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK

 

Asas Grafik dalam Multimedia

Asas grafik merupakan perkara asas yang penting dan perlu difahami oleh semua yang berminat dalam penggunaan kamera, video serta apa juga bahan yang mengandungi grafik. Asas grafik terdiri daripada lima elemen iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan. Setiap elemen ini seharusnya ada dalam setiap foto mahupun video yang berkaitan dengan grafik. Pemahaman tentang asas grafik adalah penting dalam penyampaian mesej berbentuk grafik dengan sempurna.

 

Elemen Asas Grafik

1.     Mudah

Mudah dapat didefinisikan sebagai penglihatan seseorang terhadap sesuatu gambaran yang mudah difahami sama ada dalam bentuk gambar mahupun video. Malah, elemen mudah juga dilihat sebagai sesuatu mesej yang gambaran tersebut dapat difahami tanpa sebarang kekeliruan. Elemen mudah ini dapat difahami maksud gambaran tersebut oleh seseorang dengan tepat. Sebagai contoh, sekeping gambar sebuah kereta berwarna hitam yang terletak di halaman rumah. Seseorang yang melihat gambar tersebut pasti akan terus faham bahawa gambar itu ialah tentang sebuah kereta yang berwarna hitam.

 

2.    Warna

Warna dapat didefinisikan sebagai kombinasi warna ataupun satu warna dalam sesuatu gambaran dalam bentuk gambar mahupun video. Grafik yang wajar seharusnya mengandungi tidak lebih daripada tiga warna. Walau bagaimanapun, grafik yang mengandungi lebih daripada tiga warna boleh didapati dalam kebanyakan gambar atau video. Hal ini terpulang kepada objektif atau mesej yang ingin disampaikan oleh seseorang melalui bahan grafik mereka. Terdapat juga grafik yang mempunyai satu warna sahaja dan hal ini juga mengikut mesej yang ingin disampaikan. Contohnya, sekeping gambar sebuah kereta yang berwarna biru dan disertai dengan pokok di belakang yang berwarna hijau. Terdapat juga awan yang berwarna kebiruan. Gambar ini jelas menarik kerana mempunyai tiga warna yang menyerlah dan memfokuskan kepada kereta, pokok dan awan.

 

3.    Teks

Teks merujuk kepada jenis dan saiz font yang dipilih dalam persembahan grafik. Selain itu, kandungan dalam teks juga diambil kira bagi tujuan pemahaman terhadap grafik. Ketiga-tiga factor dalam elemen grafik ini perlu diteliti dengan baik supaya mesej dapat disampaikan dengan tepat. Walau bagaimanapun, warna yang terdapat dalam font juga penting dalam asas grafik dan memainkan peranan yang penting. Sebagai contoh, iklan komputer riba disertai dengan teks “Nipis dan Ringan” memberi persepsi tentang computer riba tersebut. Oleh itu, teks tersebut seharusnya ditulis dengan besar dengan menggunakan jenis font yang menarik supaya pengguna berminat untuk membelinya.

 

4.    Kesesuaian

Kesesuaian dalam grafik dapat didefinisikan sebagai grafik yang bersesuaian dengan latar iaitu latar tempat, latar masa dan latar watar yang terdapat dalam sesuatu gambar ataupun video. Setiap watak atau bahan dalam grafik bersesuaian antara satu sama lain. Sebagai contoh, gambar tiga orang kanak-kanak sedang bermain di halaman rumah yang terletak di sebuah kampung. Kanak-kanak sedang berlari serta wajah kanak-kanak yang sedang ketawa. Langit yang hamper gelap menunjukkan suasana waktu petang. Terdapat tulisan di bawah foto tersebut “Suasana di kampung saya”.

 

5.    Keseimbangan

Keseimbangan dalam grafik merujuk kepada ruang dalam gambar atau video. Ruang yang dimaksudkan ialah ruang di kiri dan kanan serta atas dan bawah. Sama ada ruang kosong ataupun grafik yang sama berat di ruang itu. Namun, seimbang juga diterima apabila grafik dilihat dapat menyampaikan mesej dengan baik. Sebagai contoh, ruang sebelah kiri gambar terdapat lima batang pokok besar seimbang dengan sebuah rumah kampung di sebelah kanan gambar. Maka, lima batang pokok besar seimbang dengan rumah kampung. Di sebelah atas gambar pula terdapat awan yang luas berwarna biru manakala di sebelah bawah pula terdapat padang rumput berwarna hijau yang luas. Maka, awan biru memberi keseimbangan kepada rumput yang berwarna hijau.

 

 

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa, Penerbit UPM, Serdang.





BBM3410-2021-MINGGU 2- PENDEKATAN ANALISIS WACANA

 

Pendekatan Analisis Wacana

(Normaliza Abd Rahim, 2018)

 

Pendekatan analisis wacana oleh Normaliza Abd Rahim (2018), diperkenalkan bertitik tolak daripada beberapa kajian yang telah dijalankan sebelum ini. Kajian ini melibatkan ujaran dan interaksi daripada kanak-kanak, remaja, pelajar universiti dan masyarakat keseluruhannya.

 

PRA-ANDAIAN

        1.    Intuisi

        2.    Konteks

·        Penerimaan/ penafian

·         Keperluan

·         Perujukan

·         Anafora

·         Pengulangan

·         Kekaburan

·         Penegasan

 

 

Huraian: 

Pra-andaian ialah suatu perkara yang diamalkan dahulu sebelum permulaan garis hujah atau tindakan. Pra-andaian terbahagi kepada dua iaitu intuisi dan konteks. intuisi atau gerak hati ialah istilah untuk kemampuan memahami sesuatu tanpa melalui pemikiran rasional. Pemahaman itu timbul di luar kesedaran seseorang. Konteks pula dianalisis dari aspek penerimaan/penafian, keperluan, perujukan, anafora, pengulangan, kekaburan dan penegasan.

 

EMOSI

        1.    Positif

        2.    Negatif

        3.    Emosi bercampur

·         Perangai

·         Personaliti

·         Mood

·         Motivasi

 

Huraian: 

Emosi ialah suatu perasaan atau gejolak jiwa yang muncul di dalam diri seseorang akibat rangsangan, baik dari dalam diri mahupun dari luar. Emosi terbahagi kepada dua aspek iaitu emosi positif, negatif dan emosi bercampur. Emosi pula dilihat melalui perangai, personaliti, mood dan motivasi seseorang.

 

 

NILAI DAN BUDAYA

         1.    Diri

         2.    Masyarakat

         3.    Adat

·        Jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajinan, kesederhanaan

·   Berdikari, hemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental

 

Huraian:

 

Nilai dan budaya dianalisis dari aspek diri, masyarakat dan adat. Hal ini berkait rapat dengan nilai yang terkandung dalam falsafah pendidikan negara. Nilai seperti jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajinan dan hormat menghormati. Nilai-nilai murni ini perlu diterapkan dalam diri setiap masyarakat bagi melahirkan kumpulan masyarakat yang aman dan penuh dengan nilai dan budaya.

 

BAHASA

       1.    Bahasa pertama/kedua/ketiga

       2.    Formal / tidak formal

       3.    Kesalahan bahasa

       4.    Linguistik

 

Huraian:

Bahasa yang dianalisis memfokuskan kepada bahasa pertama, kedua, ketiga dan lain-lain. Selain itu, bahasa dikategorikan dalam dua bahagian iaitu bahasa formal dan bahasa tidak formal. Kesalahan bahasa juga dianalisis supaya nampak lebih kritis. Aspek linguistik juga dianalisis supaya huraian lebih jelas dan padat.

 

INFERENS

         1.    Rumusan keseluruhan

         2.    Rumusan topik perbincangan

         3.    Penutup kata

 

Huraian:

Inferens terdiri daripada tiga aspek iaitu rumusan keseluruhan, rumusan topik perbincangan dan penutup kata. Setiap satu aspek analisis ini perlu dibincangkan supaya ujaran, interaksi, teks dan tulisan ini lebih lengkap dan jelas. Aspek ini penting dalam menyampaikan maklumat yang lengkap dan padat. 

 


Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus. 





Wednesday, March 24, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 1B

 CERITA SOSIAL 1: NENEK DAN DATUK


Watak

Latar Tempat

Latar Masa

Latar Masyarakat

 

Emosi

Positif

Emosi Negatif

Alim

Kampung di Kajang

 

Kajang merupakan kampung nenek dan datuk sebelah ibu Alim.

 

Setelah 30 minit

 

Keluarga Alim telah sampai di rumah nenek dan datuk di Kajang setelah 30 minit perjalanan.

 

Masyarakat yang penyayang

 

Nenek memujuk Alim yang sedang menangis dan memegang tangan Alim sambal berjalan keliling rumah sambal bercerita.

 

Teruja

 

Alim berasa tidak sabar untuk pulang ke kampung untuk bermain dengan itik dan ayam nenek dan datuk.

Marah

 

Alim berasa marah kerana dia tidak jumpa ayam dan itik.

Nenek dan datuk sebelah ibu

Melaka

 

Melaka merupakan kampung nenek dan datuk sebelah bapa Alim.

 

 

Masyarakat yang prihatin

 

Nenek dan datuk segera mendapatkan Alim yang sedang menangis di tepi reban.

 

Gembira

 

Alim ketawa Bersama abang Imran, kak Madinah dan Aisyah sambil menonton cerita kartun yang tersiar di dalam televisyen.

 

Sedih

 

Alim menangis kerana dia sangkakan ayam dan itik nenek dan datuk telah mati.  

Nenek dan datuk sebelah bapa

Tepi reban

 

Tempat Alim menangis kerana dia sangkakan ayam dan itik sudah mati.

 

 

Masyarakat yang cinta akan haiwan

 

Alim tidak sabar untuk pulang ke kampung untuk bermain dengan ayam dan itik nenek dan datuk.

 

Tersenyum

 

Alim tersenyum melihat ayam dan itik nenek dan datuk yang tinggal di reban baharu.

 

Abang Imran

Reban ayam yang baharu

 

Reban ayam yang baharu terletak 50 meter daripada reban ayam lama.

 

 

Masyarakat yang keliru

 

Ibu dan bapa serta nenek dan datuk keliru dengan kelakuan Alim pada hari tersebut.

 

 

Kak Madinah

Di dalam rumah nenek dan datuk

 

Nenek memegang tangan Alim sambil berjalan keliling rumah sambil bercerita tentang almari, katil dan kerusi dapur.

 

 

 

 

 

Aisyah

 

 

 

 

 

Ibu dan Bapa

 

 

 

 

 

 

Sumber: Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi, Penerbit UMT, Kuala Neru.








Tugasan Mingguan

BBM3410-2021-MINGGU 1B

 CERITA SOSIAL 1: NENEK DAN DATUK Watak Latar Tempat Latar Masa Latar Masyarakat   Emosi P...