BBM3410-2021-ASAS GRAFIK-KESEIMBANGAN-INTERNET
ELEMEN :
Keseimbangan
TEMA : Kesihatan
RUJUKAN : https://cmnacademy.com/kepentingan-amalan-gaya-hidup-sihat/
BBM
3410-2021-MINGGU 2-KESEIMBANGAN- INTERNET
Elemen : Keseimbangan
Tema : Ketenangan
Rujukan: Internet, Pinterest.
Diakses pada 1 April 2021,
https://www.pinterest.com/pin/395964992245130223/
Huraian: Gambar di atas menerangkan tentang
pemandangan rumah di atas air berdekatan hutan pergunungan. Terdapat sebuah
tasik yang luas dengan rumah di atas air di sebelah kanan gambar. Terdapat juga
hutan gunung yang berwarna hijau berdekatan rumah tersebut. Pada sebelah atas
gambar, terdapat sebuah gunung yang diliputi kabus tebal. Warna cerah kabus
tebal pada gunung memberi keseimbangan dengan warna gelap yang tedapat pada air
tasik dan hutan gunung itu.
BBM3410-2021- MINGGU 2- KESEIMBANGAN - INTERNET
ELEMEN: KESEIMBANGAN
TEMA: MAKANAN
RUJUKAN: (2021). Diakses pada April 2, 2021, daripada
Lensamars.com website: https://lensamars.com/blog/wpcontent/uploads/2019/07/promo_small7261537527473.jpg
HURAIAN: Gambar di atas menggunakan elemen keseimbangan. Jika
dilihat secara keseluruhannya, gambar tersebut kelihatan seimbang sama ad dari
sudut kiri dan kanan serta atas dan bawah. Gambar makanan yang diletakkan di
kedua-dua tempat kiri dan kanan membuatkan kedua-dua kawasan tersebut kelihatan
seimbang. Penggunaan teks dan gambar makanan yang bersaiz sedikit kecil di
bahagian atas dan gambar makanan yang besar di bahagian bawah membuatkan gambar
tersebut lebih seimbang.
BBM3410-2021-MINGGU
2-KESEIMBANGAN-INTERNET
ELEMEN : Keseimbangan
TEMA : Permandangan
RUJUKAN : (2021),
Diakses pada April 2, 2021, daripada twitter azim nazhan (hansvii_) website:
https://twitter.com/hansvii_/status/1374191140405088261?s=19
HURAIAN : Gambar
tersebut menunjukkan jambatan Pulau Pinang yang berlatar belakangkan panorama
matahari terbenam. Gambar tersebut menonjolkan elemen keseimbangan yang begitu
kuat. Hal ini demikian kerana kedudukan matahari yang hampir terbenam itu
berada tepat ditengah belahan jambatan tersebut. Panjang jambatan dibahagian
kiri dan kanan gambar juga sama dan seimbang.
BBM3410-2021-MINGGU
2-KESEIMBANGAN-INTERNET
Elemen : Keseimbangan
Tema : Promosi
Rujukan : Internet. Google image. Diakses pada
2 April 2021, https://www.google.com/search?q=puma+promotion&tbm=isch&ved=2ahUKEwiambWa4N_vAhUQCLcAHZLgAaIQ2-cCegQIABAA&oq=puma+promo&gs_lcp=CgNpbWcQARgBMgIIADICCAAyAggAMgIIADICCAAyAggAMgIIADIGCAAQCBAeMgYIABAIEB4yBggAEAgQHjoECAAQQzoHCAAQsQMQQzoKCAAQsQMQgwEQQ1Da0wNYvOEDYPj2A2gAcAB4AIABkQKIAd4HkgEFMi4yLjKYAQCgAQGqAQtnd3Mtd2l6LWltZ8ABAQ&sclient=img&ei=jSdnYNqeOJCQ3LUPksGHkAo#imgrc=pm8HWt-_0SKuqM
Huraian : Gambar di atas menunjukkan jenama
PUMA sedang mempromosikan barangnya iaitu kasut potongan sebanyak 50%. Gambar
ini dikategorikan sebagai elemen keseimbangan kerana kedudukan susunan
kasut-kasut di sebelah kiri menunjukkan ruang kiri gambar berat jika
dibandingkan dengan ruang kanan gambar yang hanya mempunyai teks.
BBM3204-2021-MINGGU 2-KESEIMBANGAN-INTERNET
ELEMEN : KESEIMBANGAN
TEMA : PRODUK KECANTIKAN
RUJUKAN : Oliur. (2014, July 5). 31 REALLY CLEVER AND
CREATIVE PRINT ADS. Retrieved from ULTRALINX: http://theultralinx.com/2014/07/31-clever-creative-print-ads/?epik=dj0yJnU9eGdXZVlBRGFDMFRVSHdLNE5xNDNoSUtLWGNBMDA4SFAmcD0wJm49Ty1DUGFaZU1DT0tKMElrcGVHMUhPdyZ0PUFBQUFBR0JuRUpn
HURAIAN : Gambar grafik diatas menunjukkan elemen
keseimbangan yang sangat baik. Ruang dalam foto menunjukkan berat yang sama.
Keseimbangan ini dapat menyampaikan mesej penyunting kepada audiens dengan
baik. Daripada gambar di atas, audiens faham bahawa penyunting sedang
mempromosikan produk Nivea.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Kecantikan
Rujukan: Fairnan Suharnoto. (2014). Retrieved from 2nd
April,2021. From https://www.behance.net/gallery/13867025/Nivea-For-Men
Huraian: Menerusi gambar di atas, kita dapat melihat produk
kecantikan iaitu pencuci muka untuk lelaki. Lelaki pada zaman sekarang juga
pandai menjaga muka dan ia bermaksud produk kecantikan pada masa ini tidak
hanya terhad kepada gunaan wanita sahaja.
Jenama produk tersebut ialah NIVEA. Produk tersebut mudah didapati di
Guardian dan Watson.
BBM3410-2021-ASAS GRAFIK-KESEIMBANGAN-INTERNET
ELEMEN : KESEIMBANGAN
TEMA: PEMANDANGAN
RUJUKAN: Internet, Pinterest. Diakses pada 2 April 2021
daripada https://id.pinterest.com/pin/10414642877151851/
HURAIAN : Gambar di atas menunjukkan gambar pemandangan yang
diambil dari belakang dua orang pasangan. Terdapat langit, kabus dan sedikit
awan di ruang paling atas gambar. Selain itu, terdapat gunung-ganang di bawah
langit manakala di bahagian tengah terdapat lautan biru yang sangat luas. Akhir
sekali, di ruang paling bawah terdapat pasangan yang berdiri di Kawasan hujung
jurang. Warna-warna yang terdapat dalam gambar di atas juga menjadikan gambar
tersebut kelihatan seimbang.
Elemen
: Keseimbangan
Tema
: Alam Sekitar
Rujukan
:Internet, Walpapertip. Diakses pada 30 April 2021 daripada https://images.app.goo.gl/D5z3Bt3DAvHmG7RMA
Huraian : Gambar ini menunjukkan
permandangan di waktu pagi. Ruang di sebelah kiri dan kanan terdapat
pokok-pokok besar yang seimbang antara satu sama lain. Manakala, di bahagian
atas dihiasi dengan awan dan di bahagian bawah terdapat padang rumput berwarna
hijau yang luas. Ini menunjukkan grafik sama berat dan seimbang di semua ruang.
BBM3410-2021-ELEMEN KESEIMBANGAN-INTERNET
Elemen:
Keseimbangan
Rujukan:
Pemandangan
Sumber:
(2021). Instagram: Arts of Visuals. Diakses pada 31 Mac 2021 daripada: https://www.instagram.com/p/CKK-ltYsKhd/?igshid=ts2j8ohwqhk7
Huraian: Gambar di atas
menunjukkan ruang yang seimbang. Jumlah pokok yang terdapat di ruang sebelah
kiri dan ruang di sebelah kanan adalah sama banyak dan teratur. Hal ini telah
menjelaskan bahawa berat diantara ruang di sebelah kanan dan kiri adalah sama.
Manakala, ruang di sebelah atas dan di sebelah bawah gambar juga sama berat. Di
ruang sebelah atas menunjukkan langit yang berkabus, manakala ruang di sebelah
bawah pula menunjukkan hamparan padang rumput yang menghijau.
ELEMEN : Keseimbangan
TEMA : Makanan
RUJUKAN : Gambar sendiri
HURAIAN : Gambar di atas menunjukkan gambar makanan
yang diambil disebalik pemandangan sawah padi. Ruang sebelah atas gambar
tersebut dipenuhi dengan kepulan awan yang membiru manakala ruang sebelah bawah
pula dihiasi dengan kehijauan sawah padi yang terbentang luas. Kedua-dua
ruangan atas dan bawah gambar tersebut yang dipenuhi dengan awan biru dan sawah
padi menjadikan gambar tersebut seimbang. Malahan, keseimbangan yang dipamerkan
berdasarkan latar belakang tersebut menjadikan gambar tersebut kelihatan sangat
mendamaikan.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Ketenangan
Rujukan: Gambar sendiri
Huraian: Gambar di atas
merupakan gambar pemandangan suatu tempat yang mempunyai gunung dan kawasan
lapang. Pada kawasan bawah gambar
merupakan padang rumput yang kehijauan. Terdapat juga pagar di sepanjang padang
rumput tersebut. Terdapat juga gunung yang tinggi berwarna hijau. Pada bahagian
atas gambar pula ialah langit yang berwarna biru bersama kepulan awan putih
yang cantik. Pemandangan kawasan padang rumput bersama gunung yang berwarna
hijau memberi keseimbangan kepada langit dan awan yang berwarna biru cerah.
BBM3410-2021- MINGGU 2- KESEIMBANGAN - GAMBAR SENDIRI
ELEMEN: KESEIMBANGAN
TEMA: PERSAHABATAN
RUJUKAN: GAMBAR SENDIRI
HURAIAN: Gambar di atas membawa tema persahabatan dengan
menggunakan elemen asas keseimbangan dalam mempamerkan gambar tersebut. Kedudukan dua sahabat yang berada di tengah gambar
itu dengan latar belakang bangunan serta pokok di bahagian tengah menunjukkan
keseimbangan yang baik. Penggunaan warna kontras iaitu warna hijau di atas dan
kuning di bawah menyerlahkan lagi keseimbangan gambar tersebut. Di bahagian
kiri dan kanan pula kelihatan seimbang dengan kehadiran tumbuhan berwarna hijau
di kedua-dua bahagian tersebut.
BBM3410-2021-MINGGU
2-KESEIMBANGAN-GAMBAR SENDIRI
ELEMEN: Keseimbangan
TEMA: Kegembiraan
RUJUKAN: Gambar
Sendiri
HURAIAN: Gambar
tersebut menunjukkan seorang gadis yang berdiri di hadapan tangga Perpustakaan
Sultan Abdul Samad Universiti Putra Malaysia. Gambar tersebut menonjolkan
elemen keseimbangan yang jelas. Hal ini demikian kerana gambar yang diambil
adalah seimbang di kedua-dua bahagian. Jarak tangga di bahagian kiri dan kanan
juga sepadan.
BBM3410-2021-MINGGU 2-KESEIMBANGAN-SENDIRI
Elemen : Keseimbangan
Tema : Pemandangan
Rujukan : Gambar sendiri
Huraian : Gambar di atas menunjukkan waktu
senja di sebuah kota. Seperti yang dilihat, langit yang mempunyai tiga lapisan
warna dan kelihatan awan-awan serta bangunan-bangunan bercahaya lampunya
menunjukkan hari sudah mula gelap. Gambar ini menunjukkan elemen keseimbangan
kerana pada bahagian atas, warna agak cerah jika dibandingkan bahagian bawah
gambar yang warnanya agak gelap. Keseimbangan cerah dan gelap dapat
menggambarkan sebuah kota waktu senja.
BBM3204-2021-MINGGU 2-KESEIMBANGAN-GAMBAR SENDIRI
ELEMEN : KESEIMBANGAN
TEMA :
TUMBUHAN
RUJUKAN : GAMBAR SENDIRI
HURAIAN : Gambar yang dilampirkan di atas
menunjukkan sebuah tumbuhan yang diletakkan dalam sebuah pasu. Daripada gambar
tersebut, dapat dilihat bahawa ruangan atas, bawah dan tepi foto adalah sama
berat. Dengan melihat gambar ini, audiens dapat
memahami bahawa penyunting sedang menunjukkan sejenis tumbuhan di dalam
pasu. Gambar dengan keseimbangan yang baik dapat membantu dalam menyampaikan
mesej penyunting kepada audiens.
ELEMEN KESEIMBANGAN- GAMBAR SENDIRI
Elemen : Keseimbangan
Tema: Pemandangan
Rujukan: Gambar sendiri
Huraian: Menerusi gambar di atas, kita dapat melihat gambar
tersebut menunjukkan suasana pada waktu petang. Apabila melihat gambar
tersebut, kita dapat merasakan kita sudah hampir sampai hari penutup pada hari
tersebut. Perasaan kita melihat pemandangan tersebut kita akan berasa tenang.
Pada masa yang sama, kita akan tidak sabar untuk menanti hari esok.
BBM3410-2021-ASAS GRAFIK-KESEIMBANGAN-INDIVIDU
ELEMEN : KESEIMBANGAN
TEMA: PEMANDANGAN
RUJUKAN: GAMBAR SENDIRI
HURAIAN : Gambar di atas menunjukan gambar pemandangan semasa
meaniki ‘cable car’ di Pulau Langkawi, Kedah. Ruang sebelah atas terdapat
langit biru berserta awan putih yang memenuhi langit. Selain itu, di ruang
tengah gambar tedapat lautan biru muda dan terdapat pulau-pulau kecil yang
sangat cantik jika dilihat dari atas. Ruang yang paling bawah terdapat
bukit-bukit dan hutan yang dilihat bersambung jika dilihat dari atas dan tepi.
Oleh itu, jelas sekali langit biru seimbang dengan bukit dan hutan yang
berwarna hijau.
Elemen
:Keseimbangan
Tema
: Ketenangan
Rujukan
: Gambar sendiri
Huraian : Gambar di atas
menunjukkan waktu senja di tepi laut. Ruang di sebelah kiri gambar tersebut
mempunyai pohon yang dipenuh daun yang seimbang dengan pokok di sebelah kanan.
Manakala, pantulan cahaya matahari yang sedang terbenam di sebalik awan dan
ruang bawah dipenuhi air laut. Ini menunjukkan terdapat keseimbangan yang baik
dalam gambar tersebut dan dapat disampaikan dengan baik.
BBM3410-2021-ELEMEN KESIEMBANGAN-GAMBAR SENDIRI
Elemen:
Keseimbangan
Tema:
Pemandangan
Sumber:
Gambar Sendiri
Huraian: Gambar tersebut menunjukkan bangunan di tengah-tengah gambar. Hal ini menyebabkan ruang di sebelah kanan dan ruang di sebelah kiri adalah seimbang. Hal ini telah menyebabkan berat di ruang sebelah kanan dan runag di sebelah kiri adalah sama. Manakala, di sebelah atas bangunan terdapat awan yang luas berwarna biru dan di sebelah bawah pula terdapat jalan raya beserta objek yang sekaligus menampakkan gambar tersebut seimbang dari segala sudut.
No comments:
Post a Comment