Wednesday, March 24, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 1A

Bismillah...

Assalamualaikum dan hai semua.

Lama rasanya tak 'berblogging'. Dulu sudah ada akaun blogger cuma akaun tersebut dah diprivasikan. Bila dah mula menulis semula rasa bersemangat pula. Nama saya Nuradhlin Qhaireen binti Rashidi. Ahli keluarga dan kawan-kawan sering memanggil saya dengan nama singkatan Alin. Saya merupakan seorang pelajar di Universiti Putra Malaysia. Dalam masa dua hari lagi cukuplah umur saya 22 tahun. Saya merupakan anak kelahiran negeri Johor dan dibesarkan dalam suasana kampung yang sangat menyeronokkan. Dan sebab ini jugalah, saya sangat suka aktiviti outdoor dan aktiviti lasak. Lebih-lebih lagi jika aktiviti tersebut melibatkan suasana hutan seperti aktivi mendaki. Mendaki merupakan aktiviti kegemaran kami sekeluarga pada hujung minggu.
Saya juga dibesarkan dalam keluarga yang besar dan ramai tetapi cukup dengan kerenah yang mempersonakan. Saya merupakan anak kelima daripada tujuh orang adik-beradik. Mempunyai keluarga yang besar dengan adik-beradik yang ramai sangat menyeronokkan walaupun ada masanya berlaku pertengkaran. Itu biasa. Tetapi, itulah juga manisnya yang menjadi memori kami semua dan  menjadikan kasih-sayang dan ikatan persaudaraan kami masih erat hingga kini. 

Saya merupakan pelajar linguistik bahasa Melayu. Sejujurnya, saya memang amat berminat dengan subjek bahasa Melayu sejak sekolah rendah lagi. Ini kerana, setiap guru bahasa Melayu yang mengajar saya sejak saya berumur 10 tahun hingga ke tingkatan enam merupakan guru yang sangat hebat. Iya! Saya minat subjek ini kerana seorang guru. Seorang guru pada setiap tahun yang hadir mengajar dengan sangat hebat. Cikgu bahasa Melayu sering menjadi guru kegemaran saya di sekolah. Alhamdulillah, tak sia-sia berminat bahasa Melayu dan mengambil Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia yang akhirnya membawa saya kesini pada hari ini. Perjalanan yang ditempuhi sepanjang tempoh ini pastilah ada susah dan senangnya. Tapi, saya rasa sangat bersyukur dengan rezeki ini. 

Sampai jumpa lagi untuk post seterusnya <33



Nuradhlin Qhaireen binti Rashidi, 203308
 ✿♥‿♥✿

2 comments:

Tugasan Mingguan

BBM3410-2021-MINGGU 1B

 CERITA SOSIAL 1: NENEK DAN DATUK Watak Latar Tempat Latar Masa Latar Masyarakat   Emosi P...