LINK : https://www.youtube.com/watch?v=N-KgTVei53s
Assalamualaikum dan selamat hari raya semuaa!!
Wah! Tak sangka kan sekejap je masa berlalu, pejam celik je dah raya. Tapi apakan daya, raya kali ni masih pada musim pkp. Walaubagaimana pun, raya tetap raya. Kegembiraan untuk menyambut hari raya tu tetap ada. Jadi, kami dari kumpulan Diez telah hasilkan vlog hari raya dan kongsikan pengalaman hari raya kami semasa musim pkp ni di rumah. Seronok sangat tengok masing-masing gembira menyambut hari raya. Yang paling penting, kuih raya wajib ada. Pelbagai juadah hari raya juga banyak dihidangkan semasa pagi Syawal antaranya ialah nasi himpit, daging rendang, ayam masak merah, kuah lodeh dan pelbagai aneka kuih raya yang sedap sedap semuanya. Antara perkara yang saya suka juga ialah masing masing memakai baju raya yang cantik cantik dan berseri di pagi raya.
Walaupun raya kali ini pada musim pkp, saya seronok melihat semua orang masih dapat meluangkan musim raya ini dengan keluarga tercinta di rumah dan kampung masing-masing. Menyambut hari lebaran bersama keluarga merupakan antara seribu satu nikmat yang amat berharga. Jadi, saya harap walaupun musim pkp ni kita tak dapat beraya dan menziarahi saudara mara dan kawan kawan seperti biasa tetapi tetaplah bersyukur yang kita masih dapat beraya bersama keluarga tercinta. Dikesempatan ini saya ingin ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin untuk semua yang menyambut hari yang mulia dan bahagian ini. Jangan lupa tonton vlog hari raya daripada kumpulan Diez! Byebye
Kredit lagu:
Seloka Hari Raya - Uji Rashid, Hail Amir
Suasana Di Hari Raya - Anuar dan Ellina
Bukti kehadiran dan pembentangan kumpulan :
No comments:
Post a Comment