LINK : https://www.youtube.com/watch?v=WPKQjiQ8c3Q&t=162s
Hai semua! Jadi harini saya nak kongsikan video setempat yang telah saya hasilkan pada cuti yang lalu. Sebelum itu, jom saya terangkan apa itu video setempat. Video setempat ini merupakan video yang tidak memerlukan suntingan. Video ini dirakam dalam keadaan tidak beralih tempat atau kawasan. Video ini dirakam dan suara latar merupakan suara individu yang merakam video tersebut. Walaubagaimana pun, di dalam video berkenaan saya ada edit sedikit lagu di awal dan di akhir video supaya video nampak lebih menarik untuk ditonton. Tetapi pada pertengahan video tidak di edit apa apa. Di dalam video berkenaan, saya telah menceritakan tentang buku-buku yang terdapat di rak buku di dalam bilik saya. Saya suka membaca dan mengumpul buku-buku cerita yang menarik. Bukan itu sahaja, saya juga mengumpul pelbagai jenis bahan bacaan dan penulisan yang lain seperti majalah dan komik juga. Jadi, saya ada terangkan serba sedikit antara bahan-bahan bacaan yang saya kumpul dan letakkan di dalam rak buku berkenaan dalam video tersebut.
Okay, jom saya kongsikan cara bagaimana saya membuat video ini-:
1. Pertama, saya memilih tempat yang kondusif dan senyap bagi memudahkan saya untuk merekod video dalam keadaan yang tenang. Jadi, saya memilih bilik saya sendiri. Bunyi audio dari video juga akan kedengaran dengan jelas kerana tiada gangguan bunyi yang lain.
2. Kemudian, saya telah memilih untuk merekod buku-buku di rak buku di dalam bilik kerana saya mempunyai banyak buku dan rak buku tersebut juga besar. Jadi, banyak perkara yang saya boleh huraikan dalam video saya dalam tempoh 5 minit dan ke atas.
3. Saya juga telah membuat dan membahagi bahagian yang perlu dirakam sebelum memulakan rakaman, iaitu saya memilih untuk menunjukkan keseluruhan rak buku dan diikuti dengan bahagian rak buku bagi buku-buku, kemudia majalah dan komik.
4. Setiap bahagian rak buku pula terbahagi kepada buku-buku ilmiah, buku akademik, buku fiksyen dan buku non-fiksyen.
5. Selesai merakam kesemua aspek yang saya perlukan bagi video ini, akhirnya saya meng'edit' sedikit bahagian pada awal dan akhir video supaya tampak lebih menarik.
Jadi, jomm sama sama tonton video setempat yang saya hasilkan. Harap dapat memuaskan hati semua yang menonton. Saya juga harapkan input yang saya sampaikan dapat dijelaskan dengan baik. :))))
Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa. Penerbit UPM, Serdang.
Bukti kehadiran :
No comments:
Post a Comment