Monday, April 5, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-MUG SHOT

 

BBM3410-2021-MINGGU 3-MUG SHOT

RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia

NOTA : Mug shot merupakan gambar atau foto yang diambil dalam jarak yang dekat dan hanya memfokuskan bahagian muka. Tujuan mug shot adalah untuk mempamerkan raut wajah dengan cara yang terperinci dan wajah itu mudah dikenali oleh orang ramai. Mug shot juga digunakan sebagai gambar atau foto untuk kad pengenalan ataupun passport. Walau bagaimanapun, Teknik mug shot ini tidak sesuai digunakan untuk video kerana akan berlaku pergerakan seseorang dalam rakaman tersebut.

MODEL : Nuradhlin Qhaireen binti Rashidi

1.    EMOSI : GEMBIRA


HURAIAN : Model menunjukkan reaksi muka yang gembira. Ini menunjukkan bahawa model berasa gembira ketika gambar diambil. Model juga menunjukkan bahawa gembira juga mempunyai reaksi muka yang pelbagai.

 

2.    EMOSI : SEDIH


HURAIAN : Model menunjukkan reaksi muka sedih. Model juga menunjukkan bahawa reaksi muka apabila berasa sedih juga mempunyai pelbagai jenis. Reaksi emosi sedih ini boleh terjadi apabila seseorang berasa kecewa, terluka dan derita yang menyebabkan mereka berasa sedih.


3.    EMOSI : TAKUT


HURAIAN : Model menunjukkan reaksi muka apabila berasa takut. Model menjelaskan dengan reaksi muka yang ditunjukkan bahawa emosi takut juga membolehkan seseorang mempunyai riak muka yang pelbagai. Contohnya, seseorang boleh berasa takut kerana dimarahi atau takut kerana menunggu keputusan peperiksaan.

 

4.    EMOSI: GERAM


HURAIAN : Model menunjukkan reaksi muka apabila berasa geram. Model juga menunjukkan bahawa reaksi muka apabila berasa geram juga mempunyai pelbagai jenis reaksi. Biasanya, reaksi muka seseorang akan berkerut apabila berasa geram dan ada kalanya mereka juga akan mengetap gigi menahan rasa geram tersebut.

 

5.    EMOSI : MARAH


HURAIAN : Model menunjukkan reaksi muka apabila berasa marah. Model juga ingin menunjukkan bahawa terdapat pelbagai jenis reaksi apabila berasa marah. Pada kebiasaannya, reaksi muka seseorang akan berkerut apabila sedang marah. Pada satu tahap yang lebih tinggi, seseorang juga akan menjegilkan mata dan mengetap gigi apabila berasa amat marah.

 

6.    EMOSI : TERKEJUT


HURAIAN : Model menunjukkan reaksi muka apabila berasa terkejut. Model menunjukkan bahawa terdapat pelbagai jenis reaksi muka apabila seseorang berasa terkejut. Pada kebiasaannya, reaksi muka seseorang yang berasa terkejut, mulut mereka akan terlopong dan adakalanya mata mereka juga membesar kerana memberi reaksi terhadap situasi yang terjadi.

 

7.    EMOSI : KETAWA


HURAIAN : Model menunjukkan reaksi muka ketawa. Model ingin menunjukkan bahawa terdapat pelbagai jenis reaksi muka apabila seseorang ketawa. Reaksi muka ketawa ini menunjukkan bahawa seseorang itu berasa sangat gembira dengan perkara yang terjadi ketika itu.




3 comments:

Tugasan Mingguan

BBM3410-2021-MINGGU 1B

 CERITA SOSIAL 1: NENEK DAN DATUK Watak Latar Tempat Latar Masa Latar Masyarakat   Emosi P...