Wednesday, March 31, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2- PENDEKATAN ANALISIS WACANA

 

Pendekatan Analisis Wacana

(Normaliza Abd Rahim, 2018)

 

Pendekatan analisis wacana oleh Normaliza Abd Rahim (2018), diperkenalkan bertitik tolak daripada beberapa kajian yang telah dijalankan sebelum ini. Kajian ini melibatkan ujaran dan interaksi daripada kanak-kanak, remaja, pelajar universiti dan masyarakat keseluruhannya.

 

PRA-ANDAIAN

        1.    Intuisi

        2.    Konteks

·        Penerimaan/ penafian

·         Keperluan

·         Perujukan

·         Anafora

·         Pengulangan

·         Kekaburan

·         Penegasan

 

 

Huraian: 

Pra-andaian ialah suatu perkara yang diamalkan dahulu sebelum permulaan garis hujah atau tindakan. Pra-andaian terbahagi kepada dua iaitu intuisi dan konteks. intuisi atau gerak hati ialah istilah untuk kemampuan memahami sesuatu tanpa melalui pemikiran rasional. Pemahaman itu timbul di luar kesedaran seseorang. Konteks pula dianalisis dari aspek penerimaan/penafian, keperluan, perujukan, anafora, pengulangan, kekaburan dan penegasan.

 

EMOSI

        1.    Positif

        2.    Negatif

        3.    Emosi bercampur

·         Perangai

·         Personaliti

·         Mood

·         Motivasi

 

Huraian: 

Emosi ialah suatu perasaan atau gejolak jiwa yang muncul di dalam diri seseorang akibat rangsangan, baik dari dalam diri mahupun dari luar. Emosi terbahagi kepada dua aspek iaitu emosi positif, negatif dan emosi bercampur. Emosi pula dilihat melalui perangai, personaliti, mood dan motivasi seseorang.

 

 

NILAI DAN BUDAYA

         1.    Diri

         2.    Masyarakat

         3.    Adat

·        Jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajinan, kesederhanaan

·   Berdikari, hemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental

 

Huraian:

 

Nilai dan budaya dianalisis dari aspek diri, masyarakat dan adat. Hal ini berkait rapat dengan nilai yang terkandung dalam falsafah pendidikan negara. Nilai seperti jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajinan dan hormat menghormati. Nilai-nilai murni ini perlu diterapkan dalam diri setiap masyarakat bagi melahirkan kumpulan masyarakat yang aman dan penuh dengan nilai dan budaya.

 

BAHASA

       1.    Bahasa pertama/kedua/ketiga

       2.    Formal / tidak formal

       3.    Kesalahan bahasa

       4.    Linguistik

 

Huraian:

Bahasa yang dianalisis memfokuskan kepada bahasa pertama, kedua, ketiga dan lain-lain. Selain itu, bahasa dikategorikan dalam dua bahagian iaitu bahasa formal dan bahasa tidak formal. Kesalahan bahasa juga dianalisis supaya nampak lebih kritis. Aspek linguistik juga dianalisis supaya huraian lebih jelas dan padat.

 

INFERENS

         1.    Rumusan keseluruhan

         2.    Rumusan topik perbincangan

         3.    Penutup kata

 

Huraian:

Inferens terdiri daripada tiga aspek iaitu rumusan keseluruhan, rumusan topik perbincangan dan penutup kata. Setiap satu aspek analisis ini perlu dibincangkan supaya ujaran, interaksi, teks dan tulisan ini lebih lengkap dan jelas. Aspek ini penting dalam menyampaikan maklumat yang lengkap dan padat. 

 


Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus. 





1 comment:

Tugasan Mingguan

BBM3410-2021-MINGGU 1B

 CERITA SOSIAL 1: NENEK DAN DATUK Watak Latar Tempat Latar Masa Latar Masyarakat   Emosi P...