BAHAN ASAS UNTUK GRAFIK.
RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia
BAHAN ASAS UNTUK GRAFIK.
1. BUNTING/BANNER
2. PAMPLET
3. POSTER
4. GAMBAR/FOTO
5. BILLBOARD
6. VIDEO
1. BUNTING/BANNER
Banner atau Bunting merupakan salah satu medium yang digunakan dalam
industri pengiklanan. Kedua-dua medium ini boleh dijadikan medium pengiklanan
yang baik dan berkesan jika digunakan dengan betul. Dalam sesebuah pengiklanan
yang menggunakan medium Banner atau Bunting, rekaan dengan imej dan warna yang
menarik memainkan peranan yang penting dalam menarik audiens untuk melihat atau
membaca apa yang tertera pada banner atau bunting tersebut.
Kedua-dua
baner dan bunting mempunyai fungsi yang sama, iaitu sebagai medium pengiklanan.
Yang membezakan kedua-duanya adalah, baner dicetak secara melintang manakala,
bunting pula dicerak secara menegak. Banner sesuai digunakan untuk iklan yang
bersaiz besar dan kebiasaanya banner akan digantung diantara 2 pokok atau 2 tiang.
Bunting pula mempunyai ukuran yang bersaiz lebih kecil dan kebiasaanya
digunakan di sekitar booth/gerai jualan. Selain digantung, Bunting juga boleh
dipasang menggunakan stand.
Gambar
yang disertakan diatas merupakan hasil rekaan banner dan bunting daripada
kumpulan Diez yang jelas sekali bertujuan untuk mempromosikan kasut mereka yang
terbaru. Dalam banner dan bunting tersebut, Diez memfokuskan kepada keluaran
kasut mereka yang kelihatan sangat cantik. Imej grafik kaki dan kasut putih dan
latar batu dan langit kebiruan serta hutan yang kehijauan yang digunakan dalam
banner dan bunting tersebut menunjukkan kesesuaian antara satu sama lain.
Slogan ‘Run with Diez’ disertakan dalam promosi tersebut untuk
memperoleh kebolehpercayaan pelanggan terhadap keluaran kasut Diez ini.
Ayat-ayat sokongan seperti harga potongan promosi dan ayat ‘Go Faster, Go
Stronger, Never Stop’ pula bertujuan untuk menarik minat pelanggan untuk
membeli kasut tersebut.
2. PAMPHLET
Pamplet ialah sejenis gambar yang
mempunyai tulisan yang menjelaskan huraian gambar tersebut. Pamplet ini juga
disebut sebagai risalah dan juga tidak dijilid atau tidak mempunyai muka surat
hadapan. Pamplet dilipat kemas dengan cara menggunakan sekeping kertas khusus
yang panjang dan saling terhubung satu sama lain. Pamplet juga dipotong
setengah atau sepertiga untuk terlihat lebih kecil. Pamplet digunakan untuk
memberikan maklumat tentang produk-produk yang dipromosi atau pengenalan untuk
sesuatu acara.
Gambar diatas menunjukkan hasil rekaan
pamplet oleh kumpulan Diez yang untuk memberi maklumat tentang produk baru yang
dikeluarkan iaitu kasut sukan. Pamplet ini menjelaskan tentang keunikan dan
ketahanan kasut tersebut. Kasut sukan terbaru keluaran Diez mempunyai pelbagai
spesifikasi menarik untuk dikongsi. Kasut sukan Diez kali ini hadir dengan
pelbagai warna seperti merah, putih dan hitam. Warna dan saiz yang disediakan
sangat sesuai untuk golongan lelaki atau wanita.Kasut sukan ini juga
menampilkan ciri-ciri seperti tapak yang lebih selesa dan lembut. Ini dapat
memudahkan pengguna untuk berdiri dengan lebih lama dan dapat mengurangkan
kesakitan pada bahagian tapak kaki. Selain itu, kasut ini juga mempunyai elemen
yang fleksibel untuk memudahkan pengguna yang memakainya lebih tahan lasak dan
sesuai untuk pelbagai aktiviti. Misalnya, aktiviti berjoging, mendaki gunung
dan sebagainya. Kasut keluaran Diez juga lebih stabil dan mengawal pengerakan.
Pengguna juga lebih selamat apabila menggunakan kasut ini.
3. POSTER
Poster ialah suatu bentuk rekaan grafik yang melibatkan tipografi, ilustrasi, warna dan reka letak yang digubah untuk menyampaikan maklumat secara mudah. Poster merupakan satu elemen dalam promosi, kempen dan sebagainya. Kebiasaannya, rekabentuk poster bersifat 2D meliputi bahan yang dilukis, dicat, ditulis atau dicetak. Poster selalunya digunakan bagi promosi untuk mempamerkan produk syarikat, aktiviti masyarakat, kempen oleh pihak kerajaan dan sebagainya. Ia biasa dilihat ditampal pada dinding dan digantung di sekolah, di pejabat dan di tempat awam yang lain. Sebagai contoh, poster dapat menonjolkan keistimewaan mesej kepada masyarakat dan di poster iklan tersebut dapat dipertontonkan di tempat menunggu bas dan sebagainya.
Poster
di atas merupakan poster yang dikeluarkan oleh kumpulan Diez bagi mempromosikan
keluaran kasut sukan mereka yang baharu. Poster di atas memaparkan teks yang
jelas iaitu “Run with Diez” yang merupakan moto utama kumpulan mereka dalam
mempromosikan keluaran kasut sukan mereka. Teks slogan “Run with Diez” jelas
menunjukkan bahawa kasut tersebut merupakan kasut sukan dan sesuai untuk
aktiviti sukan berlari. Poster itu juga memaparkan beberapa teks tambahan yang
lain iaitu “Great shoes can take you places” dan “Buy a new pair today”. Teks
tambahan ini mampu menarik perhatian orang ramai yang melihat poster iklan ini.
Teks yang mempunyai ayat yang menarik dan mampu menambat hati orang ramai yang
melihat poster iklan ini untuk membeli kasut tersebut kerana mesej atau
maklumat dapat disampaikan dengan jelas. Ilustrasi gambar kasut sukan yang
dipaparkan didalam poster itu juga menunjukkan kasut tersebut sangat selesa dan
cantik apabila di pakai. Teks “Since 2021” pula menjelaskan bahawa kasut sukan
keluaran Diez merupakan koleksi kasut sukan yang dikeluarkan pada tahun 2021. Poster
ini jelas ingin mempromosikan iklan tentang kasut sukan keluaran terbaharu oleh
kumpulan Diez.
4. GAMBAR/FOTO
Gambar atau foto ialah imej yang dicipta oleh cahaya yang jatuh pada permukaan peka cahaya. Kebanyakan gambar atau foto dicipta oleh kamera yang menggunakan kanta untuk memfokus daripada sesuatu pemandangan demi membuat salinan yang dapat dilihat dengan mata kasar manusia. Proses dalam mencipta gambar foto dikenali sebagai fotografi. Fotografi ialah proses untuk menghasilkan gambar foto melalui tindakan cahaya.
Gambar di atas merupakan gambar yang
dikeluarkan oleh kumpulan Diez bagi mempromosikan keluaran terbaru kasut sukan
mereka. Gambar di atas menunjukkan dengan jelas bahawa produk kasut yang
dipromosikan, dan dengan penggunaan warna latarnya yang sesuai dapat menarik
minat masyarakat yang memandangnya. Gambar ini juga memaparkan teks yang jelas
mesejnya iaitu “Run with Diez” yang turut merupakan moto utama bagi keluaran
kasut ini dalam mempromosikan kasut sukan Diez. Moto “Run with Diez” yang
bermaksud “Lari bersama Diez” cukup jelas menunjukkan kasut tersebut dicipta
untuk aktiviti sukan larian. Gambar ini juga menunjukkan bahawa dua kasut yang
berlainan warna yang mana ingin menyatakan Diez mengeluarkan kasut yang berbeza
warna bagi memenuhi minat masing-masing. Gambar ini juga memaparkan teks yang
berlainan iaitu “Always your choice” yang mana kumpulan Diez ini menyatakan
bahawa kasut keluaran Diez semestinya menjadi pilihan pembeli. Gambar dan teks
yang sesuai dan menarik mampu membuatkan orang ramai tertarik untuk melihat
gambar ini dan membeli produk ini.
5.BILLBOARD
Billboard ataupun papan iklan adalah sebuah papan yang berukuran besar yang mengandungi tulisan atau gambar yang bertujuan untuk iklan, penguguman atau promosi. Billboard mengandungi ilustrasi atau slogan yang menarik untuk dibaca supaya orang ramai tahu apa yang ingin disampaikan oleh billboard tersebut. Kebiasaanya, billboard diletakkan di tempat yang tinggi supaya dapat dilihat oleh orang ramai dan seringkali ditemui di sekitar jalan raya. Gambar di bawah menunjukkan hasil rekaan billboard oleh kumpulan Diez yang bertujuan untuk mempromosikan iklan kasut mereka yang terbaru.
Billboard di atas memaparkan tentang
iklan kasut Diez yang terbaru. Ilustrasi kasut yang digunakan menunjukkan
bahawa kumpulan Diez bakal mengeluarkan kasut sukan terbaru yang hadir dengan
pelbagai spesifikasi yang menarik. Kasut keluaran terbaru itu hadir dengan
pelbagai warna dan mempunyai tapak kasut yang elastik. Kelembutan bahagaian
hadapan kasut Diez akan memberi keselesaan kepada pemakai. Kasut Diez juga muat
pada kaki pemakai kerana dicipta mengikut bentuk tapak kaki yang sebenar dan
pelbagai saiz. Jadi, kesemua para pemakai kasut Diez akan tampil elegan ketika
mengayakan kasut ini. Slogan ‘Run With Diez’ menunjukkan bahawa kasut
Diez ini akan sentiasa menemani pemakai kerana sifatnya yang elastik, elegan
dan tahan lasak memberikannya kesesuaian untuk dipakai di mana sahaja.
Sesuailah dengan ayat ‘Providing the best, comfy and elegant partner to stay
with you all the time’, kasut Diez akan membekalkan keseronokan, keselesaan
dan keanggunan pada pemakainya. Jangan lupa untuk dapatkan kasut terbaru
keluaran Diez ini!
6. VIDEO
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, video merupakan alatan yang digunakan untuk merakamkan dan menayangkan filem. Video juga merupakan sebuah perbuatan memvideokan dan merakamkan sesuatu peristiwa, adegan dan sebagainya dalam media elektronik seperti telefon atau kamera. Secara amnya, Video berasal dari kata bahasa Latin, yang bermaksud Saya lihat. Video ialah teknologi memprosess isyarat elektronik (electronic signals) bagi menghasilkan gambar bergerak. Aplikasi umum dari teknologi video adalah televisyen. Perkataan "video" biasanya merujuk kepada jenis format pembawa (carrier) sama ada isyarat digital (DVD, QuickTime, MPEG-4) atau isyarat analog videotape (VHS, Betamax).
Video di atas menunjukkan iklan jenama Diez
yang mengeluarkan produk baru iaitu kasut sukan. Video tersebut menjelaskan
keunikkan dan kelebihan kasut sukan Diez. Dengan sekali imbas, orang ramai
dapat mengetahui bahawa video tersebut adalah berkaitan dengan kasut sukan.
Dengan ini, mesej yang terdapat dalam video tersebut dapat difahami dan
disampaikan tanpa sebarang kekeliruan. Di samping itu, teks “EASY TO WEAR,
LIGHTWEIGHT, DURABLE, COMFORTABLE, STYLIST, dan EASY TO REMOVE” menggambarkan
sifat dan kelebihan kasut sukan tersebut. Teks ini dapat menarik perhatian orang
ramai kerana saiz dan jenis font yang terpapar dalam video tersebut
adalah jelas. Teks slogan “RUN WITH DIEZ” pula dapat meyakinkan lagi orang
ramai bahawa kasut sukan tersebut merupakan suatu produk yang baik dan bermutu
tinggi serta diserlahkan lagi dengan kesenangan dan keselesaan yang ditunjukkan
oleh pemakai. Video tersebut jelas menunjukkan bahawa pemakai berasa selesa
dalam segala keadaan dan bentuk muka bumi yang diterokai. Oleh itu, mesej dapat
disampaikan dengan baik dan mempengaruhi orang ramai untuk membeli kasut sukan
Diez. Setiap langkah yang dilakukan bersama kasut sukan Diez dapat menyakinkan
pemakai dalam mengorak langkah menuju masa depan yang sempurna.
RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia
No comments:
Post a Comment