Wednesday, April 7, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CELIK BAHASA ISYARAT

 CELIK BAHASA ISYARAT. 



Kredit: Rancangan Sembang Tamu: "Celik" Bahasa Isyarat menerusi Studio Siaran Langsung Media Sosial DBP pada 6 April 2021 (Selasa), pukul 10.00 pagi.



Pengisian utama yang dapat diperoleh daripada video ini ialah pentingnya belajar dan penggunaan bahasa isyarat dalam kehidupan. Berdasarkan temu bual tersebut, Profesor Dr. Normaliza mengatakan bahawa beliau mempelajari bahasa isyarat menerusi laman sosial Twitter selama dua bulan sahaja. Profesor Dr. Normaliza juga mengatakan bahawa mempelajari bahasa isyarat amat penting dan berguna dalam kehidupan harian. Beliau mengatakan bahawa mempelajari bahasa isyarat perlu mempunyai usaha dan minat yang mendalam. Beliau juga mengatakan bahawa beliau amat kagum dengan seseorang yang mempelajari bahasa isyarat ini kerana bagaimana lenggok dan perlakuan tangan itu boleh menjadi satu ayat dan bahasa yang mampu memberikan maklumat kepada seseorang yang lain. Oleh itu, beliau berusaha belajar mempelajari bahasa isyarat dan akhirnya beliau juga cuba mengajar anak-anaknya dan keluarganya untuk mempelajari bahasa isyarata. Profesor Dr. Normaliza juga mengatakan bahawa bahasa isyarat ini amat istimewa. Beliau mengajak orang ramai sekurang-kurangnya kita mampu mengetahui perkara asas tentang bahasa isyarat. 

Mempelajari bahasa isyarat ini memerlukan kita untuk berkomunikasi dengan seseorang untuk melatih kita lebih mahir menggunakan bahasa isyarat tersebut lebih-lebih lagi berkomunikasi dengan orang kurang upaya. Hal ini kerana, masyarakat sering mengambil mudah akan perkara ini masih kurang masyarakat yang minat untuk mempelajari bahasa isyarat ini. Mempelajari bahasa isyarat bukan sahaja untuk orang kurang upaya tetapi penting untuk masyarakat yang lain untuk berkomunikasi dengan mereka. Kesedaran ini perlu ditingkatkan supaya masyarakat sedar bahawa berkomunikasi dengan orang kurang upaya amat penting dengan menggunakan bahasa isyarat. Bahasa isyarat ini memberi makna yang penting dalam sesuatu komunikasi. 

Mempelajari bahasa isyarat boleh dimulakan dari sekolah rendah lagi sehingga peringkat universiti. Hal ini kerana, terdapat ramai guru-guru yang berwibawa yang telah mempelajari bahasa isyarat. Oleh itu, usaha ini perlu diwujudkan supaya penggunaan bahasa isyarat dapat dipelajari dengan lebih luas sebagaimana pelajar mempelajari bahasa asing yang lain. Bahasa isyarat ini juga boleh menjadi kursus elektif untuk pelajar di universiti. 

Penggunaan bahasa isyarat di tempat awam ini mampu mewujudkan perasan ingin tahu dan menarik perhatian orang ramai untuk mengetahui dan mempelajari bahasa isyarat dengan baik. Perkara ini mampu menyebabkan orang ramai sedar bahawa bahasa isyarat ini penting dan membolehkan mereka faham akan apa yang ingin disampaikan melalui bahasa isyarat tersebut. Jadi, bahasa isyarat ini juga perlu menjadi satu kepentingan dalam kehidupan harian. 

Kehadiran (8/4/2021)


Kredit: Rancangan Sembang Tamu: "Celik" Bahasa Isyarat menerusi Studio Siaran Langsung Media Sosial DBP pada 6 April 2021 (Selasa), pukul 10.00 pagi.


No comments:

Post a Comment

Tugasan Mingguan

BBM3410-2021-MINGGU 1B

 CERITA SOSIAL 1: NENEK DAN DATUK Watak Latar Tempat Latar Masa Latar Masyarakat   Emosi P...