Wednesday, April 7, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CERITA SOSIAL 2

 

CERITA SOSIAL 2: SAYA YANG ISTIMEWA

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus. 


 RINGKASAN CERITA SOSIAL 2

Berdasarkan cerita sosial 2, pada hari Ahad yang lalu, bapa Alim telah membawa pulang pelbagai buah-buahn dari pasar tani. Ini kerana, bapa tahu bahawa Alim, Imran, Madinah dan Aisyah gemar makan buah-buahan tempatan. Antara buah yang dibeli bapa ialah buah rambutan, buah durian, buah manggis, buah langsat, buah duku dan banyak lagi. Setibanya di rumah, bapa menyuruh Imran memanggil adik-adiknya dan ibunya untuk makan buah-buahan itu bersama. Madinah melompat-lompat keseronokan apabila melihat buah yang banyak. Aisyah juga berlari mendapatkan manggis dalam plastik. Ibu pula menyediakan bakul sampah dan mengingati anak-anaknya supaya tidak membuang sampah merata-rata supaya rumah tidak menjadi kotor dan bersepah. Imran, Madinah, Alim dan Aisyah menganggukkan kepala tanda faham.

Kemudian, Alim meminta kebenaran kepada ibu bahawa dia ingin memberikan sedikit buah-buahan tersebut kepada Sulaiman. Alim ingat akan pesan ibu dan bapa bahawa berkongsi barang atau makanan yang kita suka adalah satu perbuatan yang baik. Ibu memuji perlakuan Alim kerana ingat akan pesan ibu dan bapa sambil mengasingkan buah-buahan tersebut ke dalam plastik merah. Selepas itu, ibu menghulurkan plastik yang mengandungi buah rambutan dan buah manggis kepada Alim. Ibu mengatakan bahawa Sulaiman sedang menyiram pokok bunga di luar rumah. Alim terus berlari selepas mengucapkan terima kasih kepada ibu sambil membawa plastic yang mengandungi buah rambutan dan manggis untuk Sulaiman. Alim memberikan plastik tersebut kepada Sulaiman. Sulaiman tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepada Alim. Alim terus berlari semula mendapatkan keluarganya sambil tersenyum puas. Alim faham akan sifat berkongsi itu baik. Alim juga faham abang Imran, Madinah dan Aisyah juga pasti akan berkongsi barang atau makanan dengannya.

Setelah selesai makan, Alim menolong abang Imran, kak Madinah, ibu dan bapa mengemas rumah. Alim membawa kulit buah-buahan ke dalam tong sampah besar di luar rumah. Kemudian, Alim terserempak dengan Mak Cik Timah iaitu ibu Sulaiman yang sedang menyapu lantai di luar rumah. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana memberikan buah-buahan tadi. Alim membalas ucapan terima kasih dan mengatakan bahawa ibunya berpesan bahawa berkongsi itu perbuatan yang baik. Alim juga mengatakan bahawa ibunya pernah berpesan Sulaiman ialah jiran yang baik, begitu juga dengan Mak Cik Timah dan Pak Cik Yakub. Kita semua mesti baik dengan jiran. Mak Cik Timah juga mengatakan bahawa Alim juga seorang anak yang baik. Mak Cik Timah gembira kerana Alim baik dengan Sulaiman sambil memandang kea rah Sulaiman yang sedang membasuh basikal kecilnya. Alim memberitahu Mak Cik Timah bahawa dia suka berkawan dengan Sulaiman dan Sulaiman merupakan kawan Alim sambil melambai ke arah Mak Cik Timah lalu masuk ke dalam rumah. Mak Cik Timah masih memandang kea rah Alim yang sedang berjalan masuk ke rumah. Mak Cik Timah berdoa akan kesihatan dan kesejahteraan Alim sekeluarga.



Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus. 

No comments:

Post a Comment

Tugasan Mingguan

BBM3410-2021-MINGGU 1B

 CERITA SOSIAL 1: NENEK DAN DATUK Watak Latar Tempat Latar Masa Latar Masyarakat   Emosi P...