Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.
TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (FAIRCLOUGH,1995)
Fairclough (1995), menitikberatkan teori analisis wacana kritis dalam menganalisis data. Analisis wacana kritis oleh Fairclough (1995) terbahagi kepada tiga elemen iaitu analisis tekstrual, analisis wacana praktis dan analisis praktis sosial.
Analisis tekstual dianalisis dari aspek tatabahasa yang berfokuskan kepada tema, leksikal yang juga berfokus kepada metafora dan kohesi iaitu mengenai pengulangan dan konjunsi. Analisis wacana praktis pula dianalisis melalui intertektualiti seperti pra-andaian, metawacana dan penafian manakala interdiskusi dianalisis melalui naratif, perbahasan, ekspositori dan luahan. Elemen ketiga iaitu analisis praktis sosial dianalisis melalui aspek ekonomi, pendidikan dan politik.
KEHADIRAN
No comments:
Post a Comment