Saturday, May 29, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 9 - VIDEO SERAM - DIEZ


LINK: https://www.youtube.com/watch?v=3jUbEFasMWs

Hello semua! Untuk minggu ke-9 ini juga, saya dan kumpulan saya iaitu Diez telah menghasilkan sebuah video seram. Video seram ini merupakan video yang berbentuk penceritaan yang memberikan kesan yang menakutkan. Video seram ini biasanya melibatkan entiti atau hantu yang kelihatan atau pun tidak kelihatan. Video seram juga boleh melibatkan manusia namun penceritaan harus berfokus kepada seram dan menakutkan. Jadi, bagi video yang kami hasilkan pula, Diez telah sebulat suara untuk menonton cerita seram iaitu Annabelle bersama sama secara dalam talian menggunakan google meet. Semasa mula-mula menonton cerita hantu Annabelle semua berani dan cakap besar kata tak takut dan hakikatnya nanti semua kena kacau. Jadi, jom saksikan apa yang terjadi pada setiap ahli kumpulan Diez selepas menonton cerita seram dan cakap besar lepastu. huhu 

Video seram ini juga telah kami masukkan dengan pelbagai background music yang menakutkan. Jadi, berani tak anda untuk menonton video seram kami? 



Kehadiran:



BBM3410-2021-MINGGU 9-BAB 5 (TAKSONOMI DAN PENDEKATAN STRATEGI KOMUNIKASI)

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.


Link: https://www.youtube.com/watch?v=vCUwwSfCecc

Hai dan assalamualaikum semua! Harini dah masuk minggu ke-9. Cepat betul masa berlalu semester ni. Jadi, untuk minggu ke-9 ni, saya belajar tentang Taksonomi dan Pendekatan Strategi Komunikasi. Saya telah pun membuat slide ringkas berkenaan tajuk dalam bab tersebut. Bab ini menerangkan tentang teknik-teknik yang digunakan dalam pendekatan strategi komunikasi. Terdapat beberapa contoh dan huraikan daripada tokoh terkemuka tentang bab ini yang mudah untuk difahami oleh semua. Oleh itu, saya telah meletakkan permulaan slide dengan maksud pendekatan strategi komunikasi mengikut tokoh-tokoh diikuti dengan teknik dan strategi yang digunakan dalam komunikasi. Saya membahagikan slide dengan beberapa bahagian iaitu daripada tokoh yang berlainan dan juga strategi yang berbeza. Kemudian, saya juga menggunakan ayat yang mudah dan ringkas supaya penonton dapat menangkap maksud yang ingin disampaikan. Saya juga telah meng'edit' slide dengan meletakkan lagu yang tenang sebagai backgroup music untuk menjadikan slide lebih menarik. Jadi, selamat menonton untuk semua.


Kehadiran:







Thursday, May 27, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 9- KEMANUSIAAN (TWITTER)

Hai semua! Hari ni saya juga nak kongsikan post yang telah saya kongsikan di laman twitter saya berkenaan kemanusiaan. Sifat kemanusiaan ini harus ada pada semua manusia iaitu dimana kita mempunyai perasaan simpati dan empati terhadap makhluk hidup sama ada sesama manusia, haiwan atau tumbuh-tumbuhan. Sifat kemanusiaan ini lah yang membuatkan manusia hidup dengan aman dan harmoni. Jadi pada minggu ini, saya dan rakan-rakan telah berkongsikan sedikit maklumat berkenaan sifat kemanusiaan. Jom lihat apakah yang dimaksudkan dengan kemanusiaan dan contoh yang dapat kita peroleh daripada sifat kemanusiaan ini.


Post di laman twitter saya:



Post di laman twitter rakan-rakan yang telah diquote:

                     


                     


BBM3410-2021-MINGGU 9- KESILAPAN (INSTAGRAM)

Hai semua! Hari ni saya nak kongsikan post bertemakan kesilapan yang telah dikongsikan oleh saya dan kawan kawan menerusi laman sosial instagram. Saya dan kawan-kawan telah mengongsikan pelbagai gambar berkaitan kesilapan dan juga mempunyai kapsyen yang pelbagai kemudian kami juga membalas komen antara satu sama lain menggunakan laman sosial Instagram tersebut di bawah setiap post yang telah dikongsikan. Jadi, jom sama sama lihat post berkaitan kesilapan yang telah kami kongsikan di lama sosial instagram. Setiap post mempunyai pelbagai kapsyen yang menarik. 


Post di lama sosial instagram saya:



Post di laman sosial instagram kawan kawan:

                      


                      


BBM3410-2021-MINGGU 9 -PANTUN 4 KERAT (FACEBOOK)


Hai semua! Hari ni saya nak kongsikan post tentang pantun 4 kerat yang mempunyai pelbagai tema. Saya dan kawan-kawan telah membuat pantun kemudian membalas pantun antara satu sama lain menggunakan laman sosial Facebook. Seronok ye main berbalas pantun dengan kawan-kawan sebab dapat kembangkan idea dalam masa yang singkat sahaja walaupun menggunakan perkataan yang mudah. Tak mengapa pun jika ingin menggunakan perkataan yang mudah, lebih senang orang nak faham pantun yang ingin kita sampaikan. Jadi, jom tengok pantun yang telah saya buat dan balas kepada kawan-kawan menerusi laman sosial Facebook di bawah:


Perkongsian pantun di laman sosial facebook saya:



Balasan pantun saya di laman sosial kawan-kawan:

                      


                      


Sunday, May 23, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 8-ONE SHOT- DIEZ



ONE SHOT ONE LAYER:

Kredit musik:
Lagu: Malam Bulan Dipagar Bintang
Penyanyi: The Mirza @ Warisan Studio

Penyanyi asal: Allahyarham Tan Sri P. Ramlee & Allahyarhamah Saloma



ONE SHOT TWO LAYER:

Kredit musik:
Lagu: Peluang Kedua
Penyanyi: Nabila Razali



ONE SHOT THREE LAYER:

Kredit musik: 
Lagu: Kain Pelikat
Penyanyi: Anuar Zain & Ellina


Hai kawan-kawan semua! Harini saya nak kongsikan tiga jenis video one shot yang terdiri daripada one layer, two layer dan three layer yang telah saya dan kumpulan saya (Diez) hasilkan pada minggu ini. Video one shot ini merupakan video rakaman yang dibuat tanpa menggerakkan alat perakam video. Video ini juga tidak memerlukan suntingan kecuali pada bahagian akhir yang memerlukan kredit. Video one shot ini disertai dengan satu lagu yang sesuai. Penggambaran video merupakan mimik nyanyian individu atau kumpulan terhadap lagu yang dimainkan. Video one shot ini sangat menarik kerana mempunyai pergerakan individu yang keluar dan masuk dari sisi untuk menampakkan video lebih menarik. Oleh itu, kumpulan kami (Diez) telah menggunakan lagu Malam Bulan Di Pagar Bintang bagi video one shot one layer, lagu Peluang Kedua bagi video one shot two layer dan lagu Kain Pelekat bagi video one shot three layer. Jom semua sama sama menonton video one shot dari kumpulan kami. :D




Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa. Penerbit UPM, Serdang.
 

Wednesday, May 19, 2021

BBM3410- 2021- MINGGU 8- STRATEGI KOMUNIKASI

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.


PETA MINDA NOTA STRATEGI KOMUNIKASI




Bukti kehadiran:




Sunday, May 16, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 7- VLOG HARI RAYA (DIEZ)

 


LINK : https://www.youtube.com/watch?v=N-KgTVei53s

Assalamualaikum dan selamat hari raya semuaa!! 

Wah! Tak sangka kan sekejap je masa berlalu, pejam celik je dah raya. Tapi apakan daya, raya kali ni masih pada musim pkp. Walaubagaimana pun, raya tetap raya. Kegembiraan untuk menyambut hari raya tu tetap ada. Jadi, kami dari kumpulan Diez telah hasilkan vlog hari raya dan kongsikan pengalaman hari raya kami semasa musim pkp ni di rumah. Seronok sangat tengok masing-masing gembira menyambut hari raya. Yang paling penting, kuih raya wajib ada. Pelbagai juadah hari raya juga banyak dihidangkan semasa pagi Syawal antaranya ialah nasi himpit, daging rendang, ayam masak merah, kuah lodeh dan pelbagai aneka kuih raya yang sedap sedap semuanya. Antara perkara yang saya suka juga ialah masing masing memakai baju raya yang cantik cantik dan berseri di pagi raya.

Walaupun raya kali ini pada musim pkp, saya seronok melihat semua orang masih dapat meluangkan musim raya ini dengan keluarga tercinta di rumah dan kampung masing-masing. Menyambut hari lebaran bersama keluarga merupakan antara seribu satu nikmat yang amat berharga. Jadi, saya harap walaupun musim pkp ni kita tak dapat beraya dan menziarahi saudara mara dan kawan kawan seperti biasa tetapi tetaplah bersyukur yang kita masih dapat beraya bersama keluarga tercinta. Dikesempatan ini saya ingin ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin untuk semua yang menyambut hari yang mulia dan bahagian ini. Jangan lupa tonton vlog hari raya daripada kumpulan Diez! Byebye

Kredit lagu: 

Seloka Hari Raya - Uji Rashid, Hail Amir
Suasana Di Hari Raya - Anuar dan Ellina


Bukti kehadiran dan pembentangan kumpulan :

BBM3410-2021- MINGGU 7- VIDEO SETEMPAT


LINK : https://www.youtube.com/watch?v=WPKQjiQ8c3Q&t=162s


Hai semua! Jadi harini saya nak kongsikan video setempat yang telah saya hasilkan pada cuti yang lalu. Sebelum itu, jom saya terangkan apa itu video setempat. Video setempat ini merupakan video yang tidak memerlukan suntingan. Video ini dirakam dalam keadaan tidak beralih tempat atau kawasan. Video ini dirakam dan suara latar merupakan suara individu yang merakam video tersebut. Walaubagaimana pun, di dalam video berkenaan saya ada edit sedikit lagu di awal dan di akhir video supaya video nampak lebih menarik untuk ditonton. Tetapi pada pertengahan video tidak di edit apa apa. Di dalam video berkenaan, saya telah menceritakan tentang buku-buku yang terdapat di rak buku di dalam bilik saya. Saya suka membaca dan mengumpul buku-buku cerita yang menarik. Bukan itu sahaja, saya juga mengumpul pelbagai jenis bahan bacaan dan penulisan yang lain seperti majalah dan komik juga. Jadi, saya ada terangkan serba sedikit antara bahan-bahan bacaan yang saya kumpul dan letakkan di dalam rak buku berkenaan dalam video tersebut.

Okay, jom saya kongsikan cara bagaimana saya membuat video ini-:
1. Pertama, saya memilih tempat yang kondusif dan senyap bagi memudahkan saya untuk merekod video dalam keadaan yang tenang. Jadi, saya memilih bilik saya sendiri. Bunyi audio dari video juga akan kedengaran dengan jelas kerana tiada gangguan bunyi yang lain.

2. Kemudian, saya telah memilih untuk merekod buku-buku di rak buku di dalam bilik kerana saya mempunyai banyak buku dan rak buku tersebut juga besar. Jadi, banyak perkara yang saya boleh huraikan dalam video saya dalam tempoh 5 minit dan ke atas.

3. Saya juga telah membuat dan membahagi bahagian yang perlu dirakam sebelum memulakan rakaman, iaitu saya memilih untuk menunjukkan keseluruhan rak buku dan diikuti dengan bahagian rak buku bagi buku-buku, kemudia majalah dan komik.

4. Setiap bahagian rak buku pula terbahagi kepada buku-buku ilmiah, buku akademik, buku fiksyen dan buku non-fiksyen. 

5. Selesai merakam kesemua aspek yang saya perlukan bagi video ini, akhirnya saya meng'edit' sedikit bahagian pada awal dan akhir video supaya tampak lebih menarik.


Jadi, jomm sama sama tonton video setempat yang saya hasilkan. Harap dapat memuaskan hati semua yang menonton. Saya juga harapkan input yang saya sampaikan dapat dijelaskan dengan baik. :))))


Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa. Penerbit UPM, Serdang.



Bukti kehadiran :




Saturday, May 1, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 6- SIMPULAN BAHASA- DIEZ

 




LINK : https://www.youtube.com/watch?v=Yl_RWM3P61w&t=3s

Hai semua! Hari ini, saya nak kongsikan tentang tugasan kumpulan yang telah kami lakukan berkenaan simpulan bahasa. Video di atas merupakan beberapa simpulan bahasa yang telah kami terangkan dalam bentuk gambar. 

Sebelum itu, apa itu simpulan bahasa? Simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan daripada makna asal perkataan itu. Jadi, video di atas telah kami terangkan beberapa simpulan bahasa dalam bentuk gambar yang mudah difahami oleh semua. Jom sama-sama saksikan video di atas. 

Kredit : 

Lagu: Gurindam Jiwa (Instumental)
Musik: Boyrazli
Seruling: Boyrazli

Tugasan Mingguan

BBM3410-2021-MINGGU 1B

 CERITA SOSIAL 1: NENEK DAN DATUK Watak Latar Tempat Latar Masa Latar Masyarakat   Emosi P...