Cuba tekaaa? Haaaa!! Sekarang ni kan dah masuk minggu terakhir bagi semester ni sebab sekarang ni dah minggu ke-14. Jadi, untuk minggu terakhir ni, hari ni tamatlah tugasan multimedia untuk semester ni. So, tugasan terakhir kami ialah kami kena kongsikan post berkenaan tema sepi. Sepi ni ada banyak makna tau yang mana orang anggap sepi ni dengan kesedihan tapi ada juga yang rasa sepi ni berikan ketenangan. Untuk perkongsian kali ni pun kami telah kongsikan di laman sosial instagram kami. Macam biasa kita like and support post kawan-kawan dengan bagi komen yang bermacam macam hahaha. Paling kelakar sebab setiap post tu ada hashtag kelakar yang perlu kami letak jadi macam macam ragam keluar pada hashtag tu. Jadi, kalau awak semua nak tahu perkongsian tentang tema sepi kali ni dan tengok kerenah komen kawan-kawan boleh tengok post di bawah ni atau boleh juga kunjungi laman sosial instagram kami. hehe jangan risau semua public account xD
Jadi ini video resensi buku ini merupakan video terakhir yang saya hasilkan bagi semester ini. Bagi video kali ni, saya akan menceritakan resensi buku berkaitan buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi oleh Prof Dr. Normaliza Abd Rahim. Buku ini mempunyai 6 bab utama. Antaranya ialah apakah itu kajian wacana. Yang menerangkan dengan lebih rinci makna kajian wacana secara harafiah. Kedua, buku ini juga menerangkan teori teori dan pendekatan wacana yang digunakan beserta pendapat tokoh tokoh terkemuka berkenaan teori analisis. Ketiga pula buku ini menceritakan tentang analisis wacana tekstual dan ujaran yang menerangkan dengan lebih lanjut tentang metodologi kajian, impilikasi dan cadangan berdasarkan analisis wacana yang dilakukan.
Seterusnya, buku ini juga menerangkan tentang strategi komunikasi. Sttrategi komunikasi ini digunakan sebagai percubaan sistematik oleh pelajar untuk mengutarakan atau memecahkan kod dalam bahasa sasaran, atau dalam situasi ketika peraturan sistematik sesuatu bahasa itu dibentuk. Bab yang seterusnya menerangkan tentang taksonomi dan pendekatan strategi komunikasi. Bab terakhir pula menerangkan tentang analisis strategi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak yang menghuraikan dengan ringkas dan padat berkenaan cara dan keputusan perbincangan tentang strategi komunikasi tersebut.
Buku ini sangat membantu dalam pemerolehan ilmu terutama kepada pelajar dan pembaca yang sememangnya mengkaji tentang kajian wacana dan strategi komunikasi. Walaubagaimanapun, input yang terdapat dalam buku ini juga sangat bagus untuk kita semua menambah ilmu dan pengetahuan tentang teori teori yang dikemukakan daripada tokoh terkemuka.
Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.
Untuk minggu ke14 ni iaitu minggu terakhir bagi semester ini, kami dikehendaki untuk membuat video temu bual bersama tetamu jemputan. Jadi, untuk video kali ini, saya telahpun menemu bual seorang pesara guru yang sangat meminati seni mengait dan menjadikan aktiviti mengait ini sebagai hobi harian beliau. Saaangat menarik. Beliau telah menghasilkan pelbagai kraf tangan mengait yang cantik dan menarik terutamanya beg tangan. Beliau juga telah mengongsikan bahawa beliau telah menceburi bidang seni mengait ini kira-kira 30 tahun. Bakat beliau ini juga telah beliau gunakan untuk membuka tempahan kraf tangan daripada kawan-kawan atau keluarga terdekat begitu juga dengan pelanggan yanng tidak dikenali. Beliau telah mula membuka tempahan di shopee, facebook dan instagram untuk mengembangkan business mengait beliau. Jadi, untuk ketahui dengan lebih lanjut tentang seni mengait ini, jom sama sama tonton video temu bual bersama beliau!
Hai semua!! Sekarang dah minggu 13 ni, kami ditugaskan untuk berkongsi tentang suasana yang kami pernah rasa, lihat dan alami selama ni. Kalau nak kata tentang suasana ni, banyak sangat perkara berlaku di sekeliling kita. Terdapat pelbagai suasana yang kita alami sepanjang kita hidup ni. Dan terdapat pelbagai juga suasana yang berlaku tanpa kita sedari. Antara suasa kegemaran saya semestinya suasana bersama keluarga atau dikelilingi orang ramai yang sangat rapat dengan saya kerana saya dapat merasakan suasana kasih sayang bersama mereka. Selain itu, suasana ketika bersendirian juga kadang kala memberikan ketenangan contohnya ketika hujan. Suasana ketika hujan sangat menyenangkan dengan bunti hujan dan bayu angin yang sejuk dan lembut. Semua suasana ni akan jadi satu memori dan kenangan yang indah kelak. Jadi jom tengok perkongsian post oleh saya dan rakan rakan di laman instagram kami.
Haii semuaa!! Cuba teka minggu ke-13 ni kita buat apaa? Haa! Permulaan minggu 13 ni kita mulakan dengan menonton rancangan dbp berkenaan misteri kopi. Dengar nama tajuk rancangan kali ni pun dah rasa seronok sebab ada perkataan misteri tu. Mesti ramai tertanya-tanya apa yang misterinya tentang kopi ni. Haaaa!! Sebab tu kena tengok rancangan temu bual dbp kali ni bersama Dr. Alia. Kenapa kopi ni dikatakan sebagai misteri? Antaranya mestilah sebab ramai sangat dah jadi 'hantu kopi' lepas minum kopi buat kali pertama. Untuk maklumat semua, dan saya rasa semua juga tahu bahawa terdapat pelbagai jenis kopi di dunia ni. Kalau setiap negeri ada kopi yang berlaianan, bayangkan setiap jenis kopi yang ada di seluruh dunia ni. Kopi yang mempunyai pelbagai jenis rasa. Selalu kita tahu bahawa kopi ni pahit je tapi sebenarnya ada kopi pahit, pahit manis, manis potong kaki, kopi tawar dan sebagainya.
Jadi, dalam rancangan kalini, Dr Alia telahpun mengongsikan pengalaman beliau menikmati dan merasa kopi hampir di kebanyakan tempat kerana kopi merupakan salah satu minuman kegemaran beliau. Yang kita selalu tahu kopi Mcd, Coffee Bean dan Old Town White Coffee. Tapi sebenarnya, banyak kopi lain yang lebih menarik daripada itu contohnya kopi luwak, kopi lenung dan kopi hang tuah.
Kopi ni juga misteri kerana banyak khasiat lain yang boleh kita peroleh daripadanya selain dapat memberikan satu kenikmatan semasa meminumnya dan juga ia telah menjadi satu produk kebersihan dan kecantikan. Zaman kita, ramai menggunakan kopi dan menjadikan kopi sebagai scrub muka dan badan kerana tekstur kopi mampu membantu menghilangkan sel dan kulit mati pada badan dan muka.
Jadi, untuk ketahui misteri lain berkenaan kopi jom lah tonton rancangan dbp berkenaan misteri kopi ni di laman youtube dbp. Jangan lepaskan peluang anda nak tahu misteri kopi dengan lebih lanjut. hehe
Kredit: Rancangan Sembang Tamu: Misteri Kopi menerusi Studio Siaran Langsung Media Sosiap DBP pada 22 Jun 2021 (Selasa), pukul 9.00 malam.
Hai semua!! Sekarang dah minggu 12 ni, kami ditugaskan untuk berkongsi tentang keindahan atau perkara indah yang kami pernah rasa, lihat dan alami selama ni. Kalau nak kata tentang indah ni, banyak sangat perkara indah yang jadi. Bumi yang kita hidup dan tinggal ni pun indah. Kehidupan kita ni pun indah. Tapi, rasa yang tak perasan tentang ni sebab kita tak hargai kehidupan ni dengan sebaiknya. Jadi, kita perlu lebih menghargai rasa indah dalam hidup ni dalam semua perkara yang kita alami tak kira dimana atau pada bila bila masa sahaja. Perkara tentang keindahan ni lagi manis jika kita dapat kongsikan bersama orang orang yang kita sayang walaupun rasa indah dapat tengok awan sekalipun. Semua ni akan jadi satu memori dan kenangan yang indah kelak. Jadi jom tengok perkongsian post oleh saya dan rakan rakan di laman instagram kami.
Hai semua!! Untuk minggu 11 ni, kami ditugaskan untuk berkongsi tentang cerita sedih yang pernah kami alami di laman facebook. Kalau nak cerita pasal cerita sedih, mestilah banyak tak terkira kan. Tapi, untuk kali ini, saya taknak lah cerita tentang cerita sedih yang saya alami sekarang ni sebab tak seronok hahaha sebab cerita sedih masa kecil-kecil dulu lagi seronok. Bukan apa, cerita sedih masa kecil dulu bila ingat semula jadi cerita kelakar. Maksud saya bukannya cerita tu jadi sebenarnya kelakar tak xD cumaa masa kecil dulu memang saya rasa sedih cuma bila ingat semula dan jadi kenangan rasa kelakar pulak. Apa pun sebab sekarang ni masih musim pandemik, ramai stress dan sebagainya, saya taknak lah kongsi cerita sedih yang depressed jadi saya lagi suka kongsikan cerita sedih pengalaman dan kenangan masa kecil. Rasa manis sikit yang pasti baca tak rasa depressed hehe. Nak tahu apa cerita sedih yang saya kongsikan??? HAAAA PI TENGOK FACEBOOK SAYA SEKARANG HEHE XD
Hai semuaaaaa!! Perkongsian di twitter kali ini adalah tentang alam semula jadi. Kalau nak cerita tentang alam semula jadi ni sangaaaat lah banyak. Tapi perkara yang paling saya suka dengan alam semula jadi ialah apabila saya dapat rasa sendiri ketenangan dan keindahan alam tu. Perkara yang sering berkait dengan alam semula jadi ni mesti saya akan teringat akan aktiviti hiking. Biasalah hiking kan masuk hutan, panjat bukit, daki gunung dan rasa angin tenangnya hutan. Bunyi unggas dan haiwan hutan selalu buat saya rasa tenang. Ahhhh rindunya nak hiking dan masuk hutan. Itu adalah antara tempat kegemaran saya dulu sebelum pandemik ni berlaku, setiap minggu mesti pergi hiking. Saya juga bernasib baik sebab rumah dekat dengan bukit yang boleh dan selamat didaki. Jadi, jom semua baca kisah tentang alam semula jadi yang telah saya dan kawan-kawan kongsikan di twitter!!! hihi <333
Perkongsian tentang alam semula jadi di twitter saya:
Hai semua!! Pejam celik pejam celik dah minggu 11 dah sekarang ni. Cuba teka, untuk post kali ni, saya akan kongsikan sedikit info tentang rancangan daripada DBP Malaysia iaitu Rancangan Sembang Tamu: Drama Korea: Realiti atau Fantasi yang disampaikan oleh Prof. Dr Normaliza Abd Rahim. Segmen kali ni sangat menarik kerana siapa je tak suka drama korea kan? Tapi, yang paling saya kagum, Prof sendiri lagi hebat daripada saya tonton drama korea lebih berpuluh drama sejak Prof muda lagi. Waaahhh!!!
Okay, baiklah. Apa yang saya dapat daripada segmen program kali ini ialah drama korea ni sangat diminati oleh ramai tak kira lelaki atau perempuan, tua ataupun muda. Drama korea ni terdapat pelbagai genre dan jalan cerita iaitu daripada cinta, pekerjaan seperti doktor dan perubatan, tentang kehidupan hakim dan peguam dan banyak lagi. Yang pasti bukannya semua tentang cinta semata-mata. Saya sangat suka jalan cerita daripada drama korea kerana rata-rata semuanya penuh dengan emosi dan mempunyai jalan cerita yang sangat baik. Tetapi, perkara yang saya suka ialah drama korea menunjukkan tempat-tempat yang sangat cantik dan indah. Pemandangan dan latar belakang setiap cerita sangat mempesonakan yang membuatkan saya sendiri rasa nak pergi Korea hahaha. Tapi betul, semua yang tonton drama Korea akan mengatakan perkara yang sama. Contohnya, seperti cerita Winter Sonata yang menempatkan Pulau Nami sebagai set penggambaran. Sejak daripada itu, Pulau Nami sentiasa penuh dengan pelancong daripada negara luar kerana tertarik dengan keindahan yang ditunjukkan di dalam drama Korea Winter Sonata tersebut.
Walaupun, ada yang mengatakan drama Korea ini hanyalah fantasi semata-mata kerana jalan cerita yang sangat sempurna tetapi apa salahnya untuk berimaginasi untuk berasa sesempurna di dalam drama kan? hehe Saya juga sekarang sedang dalam ber'drama' korea. Haa!! Nanti habis semester dan final memang pulun lah tengok semua drama-drama korea yang baru hehe
Haii semuaa!! Untuk minggu ke-10 ni, kami juga ditugaskan untuk menyediakan video tragedi. Video tragedi merupakan video yang melibatkan plot cerita yang memberi kesan emosi yang tinggi iaitu seperti berasa sedih, murung, terkejut dan pelbagai emosi negatif. Pada kebiasaanya, video tragedi mempunyai jalan cerita yang memberi kesan dalam kehidupan seseorang. Oleh itu, video ini harus memerlukan lakonan yang baik daripada pelakon untuk menyerlahkan emosi yang mereka akan tunjukkan. Kumpulan kami, Diez, telah melakukan video tragedi yang memberi kesan kepada semua ahli kerana diberi sumpahan. Jom semua, saksikan video tragedi yang dihasilkan oleh kumpulan kami, Diez!!! Agak-agak tragedi apa yee?
Haii semuaa!! Untuk minggu ke-10 ni, kami ditugaskan untuk menyediakan video fokus. Video fokus merupakan video tanpa wajah yang memberi fokus atau tumpuan kepada item atau sesuatu anggota badan. Video fokus ini mempunyai jalan cerita yang membuat penonton berfikir. Hal ini kerana, video fokus tidak mempunyai wajah dan menyebabkan emosi tidak kelihatan. Oleh itu, video fokus ini pentng dalam memberi ruang pemahaman terhadap jalan cerita yang hendak disampaikan. Kumpulan kami, Diez, telah melakukan video fokus yang bertemakan duit. Bagaimana duit itu difokuskan dalam keseluruhan video dan apakah kegunaannya. Jom semua, saksikan video fokus yang dihasilkan oleh kumpulan kami, Diez!!!
Hai semua! Hari ni saya nak kongsikan post bertemakan kesedaran yang telah dikongsikan oleh saya dan kawan kawan menerusi laman sosial twitter. Saya dan kawan-kawan telah mengongsikan pelbagai tweet atau ciapan berkaitan kesedaran kemudian kami juga membalas tweet antara satu sama lain menggunakan laman sosial twitter tersebut dengan quote tweet yang telah dikongsikan. Jadi, jom sama sama lihat post berkaitan kesedaran yang telah kami kongsikan di lama sosial twitter. Terdapat tweet rakan-rakan yang turut berkongsi gambar berkaitan kesedaran. Kesedaran ni sesiapa pun boleh rasa, sedar bila lakukan kesilapan, sedar untuk terus berusaha dan kesedaran untuk menjadi lebih baik.