Wednesday, April 21, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 5-FLATLAY



LINK: https://www.youtube.com/watch?v=Wg-3H1cMMfE


1. Flatlay: 90'

2. Half flatlay: 45'

3. Quarter flatlay: 22.5'

4. Zero flatlay: 0


Hai semua! Hari ini saya nak berkongsikan tentang gambar yang diambil secara flatlay. Sebelum itu apa itu flatlay? Baiklah seperti yang saya senaraikan di atas, flatlay terbahagi kepada empat iaitu flatlay, half flatlay, quarter flatlay dan zero flatlay. 

Flatlay merujuk kepada kamera yang diletakkan 90 darjah dan gambar atau foto diambil dari bahagian atas.

Half flatlay ialah merujuk kepada kedudukan kamera berada pada 45 darjah daripada item dan gambar diambil dari bahagian sisi atas.

Quarter flatlay pula merujuk kepada kedudukan kamera yang berada pada  22.5 darjah daripada item.

Zero flatlay ialah merujuk kepada kedudukan kamera diletakkan di atas lantai atau meja yang selari dengan kedudukan item gambar yang diambil.


Dalam video di atas, saya telah tampilkan beberapa gambar mengikut 4 jenis flatlay yang telah saya nyatakan di atas. Gambar-gambar tersebut telah saya ambil ketika melawat dan makan ke restoran dan ada juga makanan yang dimasak dan di'baking' sendiri di rumah. Saya juga ada masukkan gambar barang-barang yang diambil secara flatlay. Jom tengok video yang saya buat. Jangan lupa ya!!


Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa, Penerbit UPM, Serdang.


Bukti Kehadiran




No comments:

Post a Comment

Tugasan Mingguan

BBM3410-2021-MINGGU 1B

 CERITA SOSIAL 1: NENEK DAN DATUK Watak Latar Tempat Latar Masa Latar Masyarakat   Emosi P...