Thursday, July 1, 2021

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

1.  BIODATA DIRI

2.   CERITA SOSIAL 1

3.   PENDEKATAN ANALISIS WACANA

4.   NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK

5.   ASAS GRAFIK MUDAH

6.   ASAS GRAFIK WARNA

7.   ASAS GRAFIK TEKS

8.   ASAS GRAFIK KESESUAIAN

9.   ASAS GRAFIK KESEIMBANGAN

10.   MUGSHOT

11.   CLOSE UP

12.   CERITA SOSIAL 2

13.   TEORI STUBBS

14.   CELIK BAHASA ISYARAT

15.   BAHAN ASAS GRAFIK

16.   LONGSHOT

17.   MEDIUMSHOT

18.   POTRAIT

19.   PEMANDANGAN

20.   KABUR

21.   SILUET

22.   OVER THE SHOULDER

23.   PENDUA

24.   BIRD'S EYE VIEW

25.   PETA MINDA ASAS FOTOGRAFI

26.   ANALISIS CERITA SOSIAL

27.   DILEMA PENGEMBARA

28.   ASAS FOTOGRAFI

29.  NOTA TEORI ANALISIS WACANA (VANDIJK,1977) 

30.  NOTA TEORI ANALISIS WACANA (FAIRCLOUGH, 1995)

31.  NOTA FLATLAY

32.  INSTAGRAM

33.  TWITTER

34.  SIMPULAN BAHASA

35.  VIDEO SETEMPAT

36.  VLOG HARI RAYA

37.  STRATEGI KOMUNIKASI

38.  ONE SHOT

39.  BAB 5 (TAKSONOMI DAN PENDEKATAN STRATEGI KOMUNIKASI)

40.  PANTUN 4 KERAT

41.  KESILAPAN

42.  KEMANUSIAAN

43.  PERUBAHAN

44.  KESEDARAN

45.  TEKA-TEKI

46.  VIDEO FOKUS

47.  VIDEO SERAM

48.  VIDEO TRAGEDI

49.  DRAMA KOREA:REALITI ATAU FANTASI

50.  ALAM SEKITAR

51.  KISAH SEDIH

52.  KEINDAHAN

53.  SUASANA

54.  MISTERI KOPI

55.  RESENSI BUKU 

56.  TEMU BUAL

57.  SEPI


Dengan ini, saya, Nuradhlin Qhaireen binti Rashidi bernombor matrik 203308 mengaku bahawa saya sudah selesai melakukan semua tugasan yang diperuntukkan bagi kursus Multimedia dalam Bahasa BBM3410 ini dengan lengkap dan sempurna. Saya harap dengan selesainya tugasan ini dapat memberi manfaat kepada diri saya dan juga pembaca yang lain. Semoga kita semua akan sentiasa dilimpahi dengan keberkatan ilmu dan rezeki. 

Terima kasih juga saya ucapkan kepada pensyarah bagi kursus ini iaitu Profesor Dr. Normaliza Abd Rahim atas segala ilmu yang disampaikan sepanjang semester ini. Semoga berjumpa lagi untuk semester akan datang. ❤


Wednesday, June 30, 2021

BBM3410- 2021- MINGGU 14- SEPI (INSTAGRAM)

 Haii dan assalamualaikum semuaa!!

Cuba tekaaa? Haaaa!! Sekarang ni kan dah masuk minggu terakhir bagi semester ni sebab sekarang ni dah minggu ke-14. Jadi, untuk minggu terakhir ni, hari ni tamatlah tugasan multimedia untuk semester ni. So, tugasan terakhir kami ialah kami kena kongsikan post berkenaan tema sepi. Sepi ni ada banyak makna tau yang mana orang anggap sepi ni dengan kesedihan tapi ada juga yang rasa sepi ni berikan ketenangan. Untuk perkongsian kali ni pun kami telah kongsikan di laman sosial instagram kami. Macam biasa kita like and support post kawan-kawan dengan bagi komen yang bermacam macam hahaha. Paling kelakar sebab setiap post tu ada hashtag kelakar yang perlu kami letak jadi macam macam ragam keluar pada hashtag tu. Jadi, kalau awak semua nak tahu perkongsian tentang tema sepi kali ni dan tengok kerenah komen kawan-kawan boleh tengok post di bawah ni atau boleh juga kunjungi laman sosial instagram kami. hehe jangan risau semua public account xD


Laman instagram saya:




Perkongsian kawan-kawan:

                          


                         



Sunday, June 27, 2021

BBM3410-2021- MINGGU 14- RESENSI BUKU


LINK: https://www.youtube.com/watch?v=F559kDerE3I

ASSALAMUALAIKUM DAN HAIII SEMUAAA!!

Jadi ini video resensi buku ini merupakan video terakhir yang saya hasilkan bagi semester ini. Bagi video kali ni, saya akan menceritakan resensi buku berkaitan buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi oleh Prof Dr. Normaliza Abd Rahim. Buku ini mempunyai 6 bab utama. Antaranya ialah apakah itu kajian wacana. Yang menerangkan dengan lebih rinci makna kajian wacana secara harafiah. Kedua, buku ini juga menerangkan teori teori dan pendekatan wacana yang digunakan beserta pendapat tokoh tokoh terkemuka berkenaan teori analisis. Ketiga pula buku ini menceritakan tentang analisis wacana tekstual dan ujaran yang menerangkan dengan lebih lanjut tentang metodologi kajian, impilikasi dan cadangan berdasarkan analisis wacana yang dilakukan.

Seterusnya, buku ini juga menerangkan tentang strategi komunikasi. Sttrategi komunikasi ini digunakan sebagai percubaan sistematik oleh pelajar untuk mengutarakan atau memecahkan kod dalam bahasa sasaran, atau dalam situasi ketika peraturan sistematik sesuatu bahasa itu dibentuk. Bab yang seterusnya menerangkan tentang taksonomi dan pendekatan strategi komunikasi. Bab terakhir pula menerangkan tentang analisis strategi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak yang menghuraikan dengan ringkas dan padat berkenaan cara dan keputusan perbincangan tentang strategi komunikasi tersebut.

Buku ini sangat membantu dalam pemerolehan ilmu terutama kepada pelajar dan pembaca yang sememangnya mengkaji tentang kajian wacana dan strategi komunikasi. Walaubagaimanapun, input yang terdapat dalam buku ini juga sangat bagus untuk kita semua menambah ilmu dan pengetahuan tentang teori teori yang dikemukakan daripada tokoh terkemuka.

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.
 

BBM3410- 2021- MINGGU 14- VIDEO TEMU BUAL


LINK: https://www.youtube.com/watch?v=o4m78_woau4

Assalamualaikum semua! HAIIII

Untuk minggu ke14 ni iaitu minggu terakhir bagi semester ini, kami dikehendaki untuk membuat video temu bual bersama tetamu jemputan. Jadi, untuk video kali ini, saya telahpun menemu bual seorang pesara guru yang sangat meminati seni mengait dan menjadikan aktiviti mengait ini sebagai hobi harian beliau. Saaangat menarik. Beliau telah menghasilkan pelbagai kraf tangan mengait yang cantik dan menarik terutamanya beg tangan. Beliau juga telah mengongsikan bahawa beliau telah menceburi bidang seni mengait ini kira-kira 30 tahun. Bakat beliau ini juga telah beliau gunakan untuk membuka tempahan kraf tangan daripada kawan-kawan atau keluarga terdekat begitu juga dengan pelanggan yanng tidak dikenali. Beliau telah mula membuka tempahan di shopee, facebook dan instagram untuk mengembangkan business mengait beliau. Jadi, untuk ketahui dengan lebih lanjut tentang seni mengait ini, jom sama sama tonton video temu bual bersama beliau! 


Thursday, June 24, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 13- SUASANA (INSTAGRAM)

Hai semua!! Sekarang dah minggu 13 ni, kami ditugaskan untuk berkongsi tentang suasana yang kami pernah rasa, lihat dan alami selama ni. Kalau nak kata tentang suasana ni, banyak sangat perkara berlaku di sekeliling kita. Terdapat pelbagai suasana yang kita alami sepanjang kita hidup ni. Dan terdapat pelbagai juga suasana yang berlaku tanpa kita sedari. Antara suasa kegemaran saya semestinya suasana bersama keluarga atau dikelilingi orang ramai yang sangat rapat dengan saya kerana saya dapat merasakan suasana kasih sayang bersama mereka. Selain itu, suasana ketika bersendirian juga kadang kala memberikan ketenangan contohnya ketika hujan. Suasana ketika hujan sangat menyenangkan dengan bunti hujan dan bayu angin yang sejuk dan lembut. Semua suasana ni akan jadi satu memori dan kenangan yang indah kelak. Jadi jom tengok perkongsian post oleh saya dan rakan rakan di laman instagram kami.


Perkongsian laman instagram saya:




Perkongsian laman instagram rakan-rakan:
                     

                    


BBM3410-2021-MINGGU 13- MISTERI KOPI

 


Link: https://www.youtube.com/watch?v=d-q-toRLmD4


Haii semuaa!! Cuba teka minggu ke-13 ni kita buat apaa? Haa! Permulaan minggu 13 ni kita mulakan dengan menonton rancangan dbp berkenaan misteri kopi. Dengar nama tajuk rancangan kali ni pun dah rasa seronok sebab ada perkataan misteri tu. Mesti ramai tertanya-tanya apa yang misterinya tentang kopi ni. Haaaa!! Sebab tu kena tengok rancangan temu bual dbp kali ni bersama Dr. Alia. Kenapa kopi ni dikatakan sebagai misteri? Antaranya mestilah sebab ramai sangat dah jadi 'hantu kopi' lepas minum kopi buat kali pertama. Untuk maklumat semua, dan saya rasa semua juga tahu bahawa terdapat pelbagai jenis kopi di dunia ni. Kalau setiap negeri ada kopi yang berlaianan, bayangkan setiap jenis kopi yang ada di seluruh dunia ni. Kopi yang mempunyai pelbagai jenis rasa. Selalu kita tahu bahawa kopi ni pahit je tapi sebenarnya ada kopi pahit, pahit manis, manis potong kaki, kopi tawar dan sebagainya. 

Jadi, dalam rancangan kalini, Dr Alia telahpun mengongsikan pengalaman beliau menikmati dan merasa kopi hampir di kebanyakan tempat kerana kopi merupakan salah satu minuman kegemaran beliau. Yang kita selalu tahu kopi Mcd, Coffee Bean dan Old Town White Coffee. Tapi sebenarnya, banyak kopi lain yang lebih menarik daripada itu contohnya kopi luwak, kopi lenung dan kopi hang tuah. 

Kopi ni juga misteri kerana banyak khasiat lain yang boleh kita peroleh daripadanya selain dapat memberikan satu kenikmatan semasa meminumnya dan juga ia telah menjadi satu produk kebersihan dan kecantikan. Zaman kita, ramai menggunakan kopi dan menjadikan kopi sebagai scrub muka dan badan kerana tekstur kopi mampu membantu menghilangkan sel dan kulit mati pada badan dan muka. 

Jadi, untuk ketahui misteri lain berkenaan kopi jom lah tonton rancangan dbp berkenaan misteri kopi ni di laman youtube dbp. Jangan lepaskan peluang anda nak tahu misteri kopi dengan lebih lanjut. hehe


Kredit: Rancangan Sembang Tamu: Misteri Kopi menerusi Studio Siaran Langsung Media Sosiap DBP pada 22 Jun 2021 (Selasa), pukul 9.00 malam.  



Bukti kehadiran:

Pertanyaan soalan




Komen berkenaan Jenis Kopi




Komen berkenaan Tempat/Kedai Kopi


Tuesday, June 22, 2021

BBM3410- 2021- MINGGU 12- KEINDAHAN (INSTAGRAM)

Hai semua!! Sekarang dah minggu 12 ni, kami ditugaskan untuk berkongsi tentang keindahan atau perkara indah yang kami pernah rasa, lihat dan alami selama ni. Kalau nak kata tentang indah ni, banyak sangat perkara indah yang jadi. Bumi yang kita hidup dan tinggal ni pun indah. Kehidupan kita ni pun indah. Tapi, rasa yang tak perasan tentang ni sebab kita tak hargai kehidupan ni dengan sebaiknya. Jadi, kita perlu lebih menghargai rasa indah dalam hidup ni dalam semua perkara yang kita alami tak kira dimana atau pada bila bila masa sahaja. Perkara tentang keindahan ni lagi manis jika kita dapat kongsikan bersama orang orang yang kita sayang walaupun rasa indah dapat tengok awan sekalipun. Semua ni akan jadi satu memori dan kenangan yang indah kelak. Jadi jom tengok perkongsian post oleh saya dan rakan rakan di laman instagram kami.


Perkongsian instagram saya:



Perkongsian di laman instgaram rakan-rakan

                       


                         



Tugasan Mingguan

BBM3410-2021-MINGGU 1B

 CERITA SOSIAL 1: NENEK DAN DATUK Watak Latar Tempat Latar Masa Latar Masyarakat   Emosi P...